Tuesday, December 7, 2010

Selamat Tahun Baru Maal Hijrah

Selamat Tahun Baru..alhamdulillah tahun baru ini di Kg bersama Ibu tersayang.semoga tahun ini akan penuh keberkatan Mu ya Allah..amin

Friday, November 12, 2010

kepimpinan

wlaupun byk buku2 dibaca mgenai leadership ..jelas semua yg ditulis telah ditunjukkan oleh Nabi Muhammad s.a.w ..terpanggil utk bkongsi catatan hamba Allah ini:

Nabi Muhammad adalah contoh peribadi yang dapat dicontohi kepimpinannya. Oleh itu, semoga kita mengenali betapa indahnya kepimpinan Nabi Muhammad SAW.

Walaupun sudah lama wafat, namun pengaruhnya tetap kekal sehingga ke hari ini. Ia tidak lapuk di telan zaman dan tidak lekang dimakan usia. Kepimpinan adalah pengaruh. Semakin kuat kepimpinan individu, maka semakin kuat pengaruhnya. Begitu juga dengan Baginda. Tidak hairan apabila Micheal H. Hart, di dalam bukunya 'Seratus Tokoh Yang Paling Berpengaruh dalam Sejarah', menempatkan Nabi Muhammad SAW pada kedudukan teratas, jauh mengatasi tokoh-tokoh dunia yang lain.

Di sini timbul persoalan, pemimpin yang bagaimanakah sehingga pengaruhnya mampu menembusi tembok hati kita?

Jawapannya adalah,

1. Sebelum memimpin individu lain, Nabi SAW sering mengawal dengan memimpin diri sendiri terlebih dahulu.
• Baginda menjaga mata daripada melihat perkara yang boleh merosakkan hatinya.
• Baginda menjaga tutur katanya sehingga Baginda tidak berbicara melainkan kata-kata yang benar, indah dan bermakna.
• Baginda berjaya memimpin nafsu, keinginan dan memimpin keluarganya dengan cara yang terbaik sehingga Baginda mampu memimpin umat dengan cara yang MUMTAZ.

2. Nabi Muhammad saw memperlihatkan kepimpinannya tidak hanya menyuruh dan melarang tetapi, Baginda berjaya memimpin dengan contoh tauladan yang terbaik. Dalam kehidupan sehariannya, sebagai pemimpin, Baginda sentiasa melakukan tugasnya terlebih dahulu sebelum diperintahkan kepada individu lain. Keteladanan ini penting kerana sehebat mana pun kata-kata, ia tidak berharga melainkan menyeimbangkan kata-kata itu dengan perbuatan.

Nabi SAW tidak pernah menyuruh individu lain sebelum menyuruh dirinya sendiri. Baginda juga tidak melarang individu lain sebelum melarang dirinya. Kata-kata dan perbuatannya sentiasa selari sehingga setiap kata-kata diyakini kebenarannya. Kesannya, beliau memiliki kekuatan Ruhiah yang dahsyat.

Dalam Al-Quran suratul as-Saf ayat 3, Allah menyatakan yang bermaksud : "Amat besarlah kebencian di sisi Tuhan apabila kamu mengatakan apa yang tidak kamu lakukan."

3. Kepimpinan Baginda tidak hanya menggunakan akal dan fizikalnya tetapi, memimpin dengan hatinya. Nabi SAW juga mencurahkan rasa cintanya kepada para sahabat sehingga setiap individu dapat merasakan cintanya dengan penuh kasih sayang, tutur katanya menjadi rahmat sekalian alam dan tingkah lakunya yang menawan.

Pemimpin yang baik adalah pemimpin yang mampu berkhidmat dengan tulus ikhlas demi kesejahteraan umatnya. Ia sanggup berkorban dengan mudah kerana merasakan itu adalah kehormatan sebagai pemimpin dengan mengorbankan orang lain. Pemimpin teladan tidak akan terlintas di fikirannya faedah beliau akan dapat daripada umatnya. Tetapi ia sering kali memikirkan faedah yang dapat disumbangkan bagi umatnya.

Apabila berfikir bagaimana cara mengubah nasib sesuatu bangsa, ia sesuatu yang berat. Oleh itu, marilah kita sama-sama berfikir bagaimana kita dapat memimpin diri kita sendiri. Jangan biarkan diri kita menjadi hina kerana mata yang tidak terjaga ataupun kerana tutur kata kita yang penuh keangkuhan. Marilah kita sama-sama tunduk dan berkhidmat kepada individu lain kerana sebaik-sebaik manusia adalah yang paling banyak manfa'atnya.

Inilah dikatakan cermin yang dapat kita contohi daripada kepimpinan Nabi Muhammad SAW. Peribadinya terlalu agung dan contoh teladannya tetap kekal dalam dada Muslimin hingga ke akhir zaman.

PEMIMPIN YANG DEMOKRATIK.

Salah satu akhlak dan kepimpinan Nabi Muhammad SAW adalah bermesyuarat. Nabi Muhammad SAW diperintahkan oleh ALLAH SWT supaya bermesyuarat dengan sahabat-sahabatnya, sebagaimana Allah menyatakan dalam Surah Ali 'Imran, ayat 159 : yang bermaksud "Dan bermesyuaratlah dengan mereka."

Dalam bermesyuarat, kadangkala individu itu membuat cadangan kepada Baginda. Jika Baginda melihat bahawa pendapat itu adalah benar dan tepat, maka Baginda akan mengamalkannya. Ada beberapa langkah yang dilakukan oleh Nabi dalam bermesyuarat iaitu bersikap lemah lembut, pemaaf dan sentiasa memohon keampunan dari Allah SWT.

Sememangnya kita perlu menerima kenyataan ada individu yang berbeza pendapat dengan kita. Perkara yang perlu adalah sikap menerima perbezaan pendapat yang wujud. Sikap ini penting kerana ia sentiasa berlaku dalam konteks bermesyuarat.

Nabi SAW berkata seperti yang diceritakan oleh Bukhari dan Muslim yang bermaksud:

"Kalian adalah pemimpin, maka kalian akan diminta bertanggungjawab. Penguasa juga adalah pemimpin. maka mereka juga akan diminta supaya bertanggungjawab atas kepimpinannya. Begitu juga suami adalah pemimpin keluarga, maka mereka akan diminta supaya bertanggungjawab atas kepimpinannya. Isteri juga adalah pemimpin (rumah tangga suaminya), maka akan diminta menjalankan tanggungjawabnya. Pelayan juga adalah pemimpin (atas harta tuannya),maka akan diminta supaya bertanggungjawab terhadap pengurusannya. Oleh kerana kalian adalah pemimpin, maka kalian diminta supaya bertanggungjawab atas kepimpinan kalian."

Demikian adalah kunci kejayaan Nabi Muhammad SAW dalam memimpin umat. Apabila Baginda diiktiraf sebagai pemimpin umat adalah benar kerana Baginda menjadi contoh ikutan pemimpin bangsa di seluruh alam semesta yang membawa rahmat dan kebaikan bagi membimbing umat manusia kepada kehidupan yang adil dan aman sejahtera.


DICATAT OLEH نذيرا سعيد الكطيري ابن الطالب DI 00:05

Wednesday, September 1, 2010

kegembiraan dan kesedihan

Ya Allah apabila kegembiraan singgah di hati ku aku amat bersyukur kepada Mu, sesungguhnya semua itu dtg dari Mu. Jika kesedihan yg datang, berilah aku kekuatan kerana aku tahu itu adalah ujian Mu yg diberi hy kepada hambaMu yg mampu hadapinya. Biarlah kegembiraan itu berpanjangan dan kesedihan itu singgah sebentar dgn izinMu, Berikan aku hidayah dan kekuatan dalam apa jua yg kulalui. amin

Tuesday, August 31, 2010

Merdeka!

Hari ni genap 53tahun M'sia Mencapai Kemerdekaan. Semoga M'sia sering mdapat keberkatan dan dilindungi Allah.. amin..

Saturday, August 28, 2010

Ibadah!

Hari ini weekend,

Ada masa untuk aku upload blog ini. Masa mmg sgt cepat berlalu, tak lama lagi ramadan akan melabuhkan tirai, hy Allah yg maha mengetahui adakah kesempatan utk kita menikmati ramadan pada tahun depan. walau apapun ketentuan Allah, hy Allah yg maha mengetahui apa yg terbaik untuk hambaNya.

Dalam myusuri ramadan bukanlah alasan utk tidak melaksanakan tugas sebaiknya malahan di bulan mulia ini pahala berlipat ganda, apatah lagi jika ianya dijalankan dengan penuh keikhlasan.. itulah janji Allah.

Kadang2 dlm organisasi kita berada dlm kumpulan manusia yg pelbagai. teringat ucapan ex Vc UUM kita harus menerima mereka dlm 1 pakej. kesabaran diperlukan utk berhadapan dgn situasi begini. kita hy boleh menyediakan persekitaran kerja yang memberi motivasi kepada mereka ttp mereka bo memilih utk bkerja dgn sebaiknya atau sebaliknya. Benarlah dalam apa yang dinyatakan oleh Allah dalam surah Ar Ra'd (ayat ke 11), sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum sehingga mereka mengubah keadaan yang ada pada diri mereka sendiri.

Namun kdg2 tanpa disedari kita terlalu bimbang dgn mereka yg tidak mnunjukkan komitmen kerja yang baik, tidak pro aktif dan tidak seperti yg kita mahukan. Kita mungkin sering berkata kerjalah betul2 kerja itu ibadah. Bukannya mudah utk mereka faham ibadah kerja itu sedangkan ibadah wajib spt solat tidak dilaksanakan sebaiknya atau tidakpun dilaksanakan. kalau nak diikut manalah yg lebih membimbangkan ya. melihat mereka yg tidak mjalankan ibadah wajib atau mereka yang tidak menjalankan kerja sebagai ibadah.

Setengah org tidak faham akan perkara ini, mungkin mereka lahir dlm psekitaran yg faham ttg agama, menjalankan solat, mbaca alQuraan, dididik dgn agama sebaiknya. Sebenarnya tidak di Negeri ku ini. walaupun kini dah bbyk berubah namun masih terlalu jauh beza dgn setengah tempat. Kalau nak ikut ini lah yg lebih mbimbangkan. kerana aku yakin hy dgn berpegang kpd agama sahaja boleh membawa manusia kelandasan yg benar.

Namun begitu aku amat bersyukur aku lahir dalam keluarga yg amat ptgkan pendidikan, aku dihantar sekolah disjung mjadikan aku faham byk perkara tentang agama, terima kasih kepada bapa dan mama yg telah memberiku peluang. Syukur kepada Allah kerana memberi ketentuan kepadaku dengan apa yg aku lalui ini. Walaupun begitu, masih byk lagi yg perluku pelajari, aku bukan seorang yg sempurna utk bercakap tentang agama namun dihati ini sudah t'semat bhw hy dgn mdekatkan diri padaNya dapat memberi kedamaian dlm hidup ini.

Aku berdoa org2 disekelilingku diberi hidayah olehMu ya Allah, kerana situasi dan keadaan begini lah yg lebih memberatkan hati.

Saturday, August 14, 2010

Tak Pena Terfikir!

Tiba2 hari ni ada mood utk menulis blog.. now dah 1.21am.. tadi sebenarnya dah tdo awal cuma tengahmalam tbangun semula.. rasa fresh la ni so baik layan blog ni.. alhamdulillah syukur kepada ya Allah kerana sudah 3 hari dpt menunaikan ibadah puasa. cuma dah 2 hari makan sorang2 emak di kg sbb ada kenduri saudara, adik azam dah blk Tenom, adik azis bbuka ngan staf dia la tu..dah 3 hari puasa ni juga alhamdulillah x beli lagi mkanan kat luar masak sendiri dan kuih2 pun buat sendiri..bukannya terror masak tp lebih suka plak masakan sendiri..klu nak beli kat luar ni teringat nasi kerabu la.. may be next week la cari nasi kerabu :)...

Untuk cete 'Tak Pena Terfikir' ni bukan la cete ttg ramadhan..cuma ari ni tiba2 nak tulis kisah aku nak dipinjamkan oleh KPT di Pej. PMO. hmm ni mmg betul2 x pena terfikir mengena pd diri sendiri. Dulu2 bila ada org dipinjamkan ke Kementerian mcm tertanya2 juga kenapa mereka dipinjamkan yek? bila dah kena diri sendiri baru la faham.

Seblum ni mmg kwn2 kat PMO sll gurau2 nak invite utk kat PMO, sy cuma ketawa2 jer la x layan sgt almaklumlah cuma gurauan kawan2. Tiba2 semasa berada di KL hadiri persidangan HE di Concord KL 27 hingga 28 Julai 2010, seorang kawan di PMO telefon dan myatakan surat peminjaman sy dah keluar kepada Mejar. what? eh betul ker u gurau ni? betul for 2 years..alamak what to do ni? dlm hati sy. Terus dlm kepala teringat suasana Pej. kat Kementerian, wajah bakal Bos dan sebagainya. Hati jadi tak tenang apa nak buat ni? macammana nak tolak ni. sbb rasanya jawapan dah ada di hati sy.. i dont think i want this. apa yg aku kejar? semua tu singgah di benak fikiran ketika itu.

Balik dr KL, 28hb perlu ke Office sbb ada meeting 2pm. Opis rupanya dah kecoh kononnya cete sy pindah dah dibincangkan dan Bos ada view sendiri dan bla bla bla... dah berangan dah sapa nak ganti sy di tempat sekarang.. x cukup dgn itu kebetulan 30hb July kena attend a meeting kat Labuan. kat airport jer semua org dah ucap tahniah! wah cepat nya berita tersebar yer. kwn2 bg macam2 view ada juga yg cakap how could u pegi? mana janji? dan mcam2 lah ada yg bg restu ada yg x bg pegi. Bos2 plak ada juga yg mggalakan dan juga cakap begini 'i dengar u dipinjam oleh KPT'..sy kat yer 'eh jangan la pegi, UMS pun x ramai pegawai, ramai sebenarnya tp bukannya ramai yg boleh buat keja, biarla org KPT cari org KL' ada plak yg kata 'T bagus tu T better u go, nanti u akan belajar byk benda, look at me..' ups dan bla bla bla...

Kwan2 terdekat, bg 2 pilihan klu utk kptgan kerjaya elok pegi ini kan peluang, tp klu soal kwan2 ckp jgnlah pegi we gonna miss u. Gonna miss u all too hehe

I just let this ppl bg view dorang. tp i have my own view. my decision mesti mgambil kira perkara berikut:
1. My mom n my family. dah lama sy di s'jung dulu secondary school, ITM, UKM cukuplah tu kan.
2. UMS ~ ada pjuangan belum selesai
3. colleague ~ ada hasrat di hati yg belum selesai
4. Diri sendiri ~ pun ada masih belum selesai

Siapala sy utk 2 dan 3.. tp dalam hati sy ada perasaan itu, x dpt dibendung..semangat itu masih ada, selagi belum pudar kuteruskan. bukannya mudah tp sedikit demi sedikit mungkin mbawa kesan. x pastilah nantikan klau perkara 4 itu myebabkan sy memilih mungkin keadaan akan berbeza.. buat masa ini 2 dan 3 masih di atas perkara 4. suatu hari mungkin berubah tp selama masih kekal begitu let it be. tp no 1 kekal teratas.

cete peminjaman ini akhirnya samp mll surat di atas mejaku pada 5 Ogos yg lepas. Namun 9 Ogos 2010 aku mmg mengesahkan utk stay with UMS kepada boss no 1. bos lain2 i x perlu bincang apa2 la, lagi pun bila berita peminjaman tu aku x pena dipanggilpun utk bincang perkara tersebut. mcm jadi pbualan di jalanan bukan serius dlm pej. at least boss no 1 ada panggil nak jumpa bincang cuma i couldn't make it sbb sy di labuan masa PA dia call.

Memang x pena terfikir akan lalui situasa mcm ni, insyaAllah segalanya dah selesai. harap2 perjuangan dpt diteruskan lagi.

~amin~

Wednesday, August 11, 2010

Salam Ramadhan ...Alhamdulillah

Syukur alhamdulillah, aku bersyukur kepada Mu ya Allah kerana memberi kesempatan kepadaku utk menikmati Ramadhan penuh keberkatan ini....berikan aku, keluarga dan org2 Islam perlindungan dan keberkatan.

Berikan kekuatan kepada seluruh umat Islam utk mhadapi dugaan Mu... amin