Monday, December 29, 2008

Welcome new year awal Muharam 1430H

Selamat tahun baru awal Muharam 1430H.. Semoga tahun ini akan lebih bermakna dan penuh keberkatan daripada Allah.


Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku, perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku. amin


Ditahun baru ini aku membuka lembaran baru di penempatan baru. Semoga dengan sedikit kekuatan ini aku dapat menyumbang kepada organisasi ini.

Shopping keperluan sekolah

Gambar kat atas tu gambar kat my house (gamb lepas shopping sblum blk kg), anak2 cousin i (form 3 hingga form 5) bawa shopping yesterday 28hb. persediaan sekolah. Adik i si aziz jadi driver. si syuhaha n ezzatul (adik beradik), cucu adik my mom. saini n madi (adik beradik) cucu pd kakak my mom. yg baju merah tu my adik si aziz. anak2 buah i ni kdg2 cuti sekolah tinggal kat umah my mom esp syuhada spjg cuti kat umah kami jer.. anak2 cousin i ni mmg manja ngan adik beradik i. sejak arwah my father ada gi.

Bah rajin2 ler belajar yer

Friday, December 26, 2008

Kena tag gi...kali ni oleh nleen:

4 pekerjaan yang telah aku lakukan dalam hidup:
1. Guru sandaran SMK Usukan KB
2. Guru sandaran SMK Pekan KB
3. Pegawai Sains SPTA UMS
4. now Penolong Pendaftar SPU/SSMP/BPK/PPA UMS

4 cerita/drama bersiri yang aku nak tengok lagi dan lagi:
1. x ikuti sgt...ikut suka hati jer mana2 nak tgk kdg2 kartun pun tgk now tengah tgk channel OASIS si Farah (AF) kat Taiwan best sbb tgk kehidupan org muslim kat sana
2.
3.
4.

4 tempat aku telah pergi dalam seminggu ini:
1. Opis
2. Uncle Bob King Fisher
3. Karamunsing
4. Umah Kg


4 tempat yang sepatutnya aku berada sekarang:

1. Home sweet home
2. Home sweet home
3. Home sweet home
4. Home sweet home


So the other 4 person I want to tagged are...

1. Pudan
2. Zue
3. Jojo
4. Anjang

Sunyiiiii..... 26hb updated 5 Jan 2009


Gambar terkini anak buahku tersayang

Ramai masih bercuti almaklumla yesterday cuti umum ari ni plak friday, dah tentu ramai amik peluang bercuti. tp aku plak ke pej ari ni.. almaklumlah awal bulan aku bercuti so kalini giliran ku pula untuk brada di office.. hy 3 org staf drp 14 org staf di BPK... aduuuh sunyii nyerrr nasib baik lunch hour kul 11.30 am i pun kuar kul 12 gitu jumpa adik n kuarga nyer dr tenom n makan sama2 kat 1 borneo.. Jumpa anak buahku Raihan n Dina ... terubat la rindu...

almost 5pm kat luar plak hujan mencurah-curah...sunyiiinyerr opis niii


Thursday, December 25, 2008

Tranfer tempat baru....

pindah ke tempat baru selepas berada di BPK sejak 18 September 2007, kali ni ke Pusat Perkembangan Akademik PPA. Ini merupakan tempat ke 5 bagiku di UMS selepas SPTA, SPU n SSMP n BPK, surat perpindahan ni xla surprise sgt kerana mmg sudah kujangka. segalanya seperti kebetulan pula, aku dijemput ke retreat PPA awal bulan ni, dan cadangan berkobar2ku dlm mesyuarat PPUMS mngenai ptgnya PPA utk diperkukuhkan bg memastikan bla bla bla bla.... demi kebaikan universiti dan kemudian aku mencadangkan nama org lain (pakar QA n ISO) utk ditmptkan di PPA..akhirnya namaku dicadangkan dalam sembang2 ptg ari yg sama. masa tu aku dah terasa bahawa aku bakal menerima surat perpindahan ini dan sangkaanku tepat sekali, pemilihan ni aku rasa bukan kerana aku ni pakar tp kerana aku mudah merujuk kpd yg pakar, almaklumlah jiran sbelah umah.. upss tp dah berpindah ke pulau mutiara jiran ku ni.. Apa2 pun aku akan cuba sedaya yg mungkin di tempat baru ini.. dengan sokongan rakan2 dah pasti segalanya berkemungkinan..

wacaahhh.... exited la pulak





Monday, December 22, 2008

What's Your Name's Hidden Meaning?

You Are Dreamy and Distracted
You are very intuitive and wise. You understand the world better than most people.
You also have a very active imagination. You often get carried away with your thoughts.
You are prone to a little paranoia and jealousy. You sometimes go overboard in interpreting signals.

You are well rounded, with a complete perspective on life.
You are solid and dependable. You are loyal, and people can count on you.
At times, you can be a bit too serious. You tend to put too much pressure on yourself.

You are wild, crazy, and a huge rebel. You're always up to something.
You have a ton of energy, and most people can't handle you. You're very intense.
You definitely are a handful, and you're likely to get in trouble. But your kind of trouble is a lot of fun.

You are a seeker. You often find yourself restless - and you have a lot of questions about life.
You tend to travel often, to fairly random locations. You're most comfortable when you're far away from home.
You are quite passionate and easily tempted. Your impulses sometimes get you into trouble.

You tend to be pretty tightly wound. It's easy to get you excited... which can be a good or bad thing.
You have a lot of enthusiasm, but it fades rather quickly. You don't stick with any one thing for very long.
You have the drive to accomplish a lot in a short amount of time. Your biggest problem is making sure you finish the projects you start.

....I got this from zue's blog.. i m dreamy n distracted .. n a ton of energy..ups yer ker??


Sunday, December 21, 2008

sambungan cete minggu kedua disember 2008

Sebenarnya pas jer lawatan ke media prima (13 Dis), ptg kul 3pm adalah flight balik ke KK bagi ahli rombongan yg lain. myself plak ke Tangkak join 2 org my staf yg bertugas pameran akademik kat matrikulasi sana.. pas tuu 14hb ke Johor Bahru sbb ada lawatan ke Pejabat Bendahari 15 Dis (Isnin) ngan 2 org my staf. We all melawat Pejabat Bendahari join ngan rombongan UMSKAL. Tujuan lawatan ni nak tgk sendiri pelaksanaan 5S kat Pejabat Bendahari tu. Memang bagus pelaksanaan 5S cni. menurut Pegawai Incharge (Timb Pengerusi 5S) Cik Nora, 5S diperkenalkan pada tahun 2004 n mendapat pensijilan pada 2007.

15hb petang tu gak bertolak balik Ke Sabah.. lega rasanya..rindu sungguh dengan keindahan negeri ini.. Negeri di Bawah Bayu
sukar ditandingi keindahanmu.. kedamaianmu sering menggapai2 memanggilku pulang upss berbahasa bunga2 la plak.. .x heranla FBI (hot FM) kata dia bercuti kat sabah stay kat karambunai n sgt kagum ngan keindahannya n nak dtg gi .. staf Kosmo! plak rohana almost every year mesti datang ke sabah.

Balik dr Johor 16hb i dah masuk keja tp kena gi kursus penulisan 16hb n 17hb kat imperial hotel KK.. 18hb plak SKTM jemput untuk bagi talk on 5S kat kakitangan kat situ.. Pengalaman memberi talk beberapa kali on 5S n lawatan yg dilakukan kat beberapa tempat meningkatkan keyakinan untukku berkongsi ilmu ini.

Minggu ni hanya friday jer i kat office 1 hari, tu pun ptg ada jemputan pelancaran penjimatan utiliti UMS. selepas pelancaran tu la i dpt surat penempatan baru.. x la tekejut sgt sbb mmg dr awal dah tau mesti kena tranfer 2009 ni cuma tmpt jer yg x tau.. so friday 19hb segalanya terjawab..

PPA nantikan ketibaanku............ BPK akan abadi dalam kenangan....

To Be Continued ... :)



Saturday, December 20, 2008

Artikel kat Kosmo! terakhir bg ku di BPK before ke tmpt baru...suspen

Kosmo!, UMS berkongsi ilmu

Lebih banyak penganjuran aktiviti bersama diharap dapat digerakkan di antara akhbar Kosmo! dan UMS pada masa depan.


OPERASI di bilik berita Kosmo! menarik perhatian para pegawai Bahagian Komunikasi Korporat UMS.

KELAINAN pengisian berita dan rencana akhbar Kosmo! yang berbeza dengan akhbar-akhbar kompak tempatan yang lain mendorong sekumpulan pegawai dari Bahagian Komunikasi Korporat Universiti Malaysia Sabah (UMS) berkunjung ke pejabat Kosmo! di Kuala Lumpur, semalam.

Ketua Bahagian Komunikasi Korporat UMS, Norti Sirin, berkata, lawatan tidak rasmi ini diadakan bagi memberi peluang kepada para pegawainya berkongsi ilmu tentang penerbitan akhbar.

Menurutnya, lawatan ini memberi peluang kepada para pegawai dari bahagian itu memahami budaya kerja wartawan dan penulisan berita serta rencana akhbar Kosmo!

Katanya, ini kerana bahagiannya turut mempunyai seksyen untuk penulisan berita menerusi penerbitan majalah kampus, Suara Sepanggar dan penyampaian radio kampus UMS.

"Memang di Sabah, tiada akhbar Kosmo! dipasarkan. Tetapi kami tetap mahu melawat pejabat Kosmo! di Kuala Lumpur kerana begitu tertarik dengan kelainan yang terdapat pada akhbar ini.

"Pengisian berita terutama bahagian rencana, bukan sahaja menarik malah dipenuhi informasi yang padat dengan cerita-cerita yang bagus,'' katanya.

Lawatan ini turut disertai Jakaria Dasan dari Seksyen Perhubungan Awam dan Penerbitan Korporat, Hayati Salleh Baihaki (Seksyen Perhubungan Pelanggan dan Pengurusan Majlis), Feria Lee (Seksyen Radio UMS), Nor Azahyati Drus (Seksyen Pentadbiran dan Kewangan) dan Salbinous Saribun (Ketua Unit Media dan Publisiti).

Selain pejabat Kosmo!, mereka turut melawat Universiti Putra Malaysia (UPM), Universiti Teknologi Mara (UiTM), Kementerian Pengajian Tinggi, stesen radio Hotfm dan Media Prima.


NORTI SIRIN (berdiri tiga dari kiri) bersama para pegawainya yang melawat pejabat Kosmo! di Kuala Lumpur, semalam.

Menurut Norti, pihaknya memang telah lama menjalin kerjasama dengan akhbar Kosmo! menerusi ruangan Akademi yang disiarkan pada setiap hari Selasa.

Selain itu, katanya, lawatan Pengarang Rencana Kosmo!, Rohana Man ke kampus UMS pada bulan Ogos lalu turut mengukuhkan jalinan kerjasama yang wujud.

Beliau berharap lebih banyak penganjuran aktiviti bersama dapat digerakkan di antara akhbar Kosmo! dan UMS pada masa depan.

Mengenai lawatan di lokasi lain, pihaknya melawat UPM dan UiTM kerana kedua-dua institusi itu turut mempunyai radio kampus.

"UMS juga mempunyai radio kampus dan kami dapat berkongsi banyak perkara mengenai stesen radio masing-masing. Manakala Hotfm pula merupakan radio yang semakin popular di seluruh negara,'' ujarnya.

Sementara itu, Jakaria berkata, lawatan ini akan terus mengukuhkan lagi hubungan Kosmo! dengan UMS.

"Kami menantikan cadangan aktiviti bersama akhbar Kosmo! dan UMS. Mungkin kita boleh mengadakan lawatan ke pos penyelidikan UMS di Long Pasia pada tahun hadapan,'' katanya.

Disember.......

Saturday camni ada kesempatan utk edit blog..wah-wah 2008 dah nak melabuhkan tirainya.. welcome 2009..

Ini summary cete2 i spanjang Disember yang berbaki beberapa ari gi ni.. minggu pertama disember amik kesempatan utk bercuti dan myambut hari raya aidil adha pada 8hb yg lalu. pas tu 9hb ptg ada meeting PPUMS seblum p KL soknya utk lawatan keja. Lawatan ni melibatkan ketua2 seksyen BPK dan staf stesen radio.. 10hb tiba kat KL terus ke UPM (pgi)n ptg ke UiTM (ptg) (dua2 tmpt we all mlawat plaksanaan radio n ke Bahagian korporat universiti 2). ptg baru check in hotel. soknya 11hb melawat Kosmo! pagi 9am pas tu amik kesempatan ke bukit antarabangsa utk amik gambar sekitar kejadian tanah runtuh kat kawasan 2 tujuannya utk amik gambar dan beri pada pensyarah sst utk komen ttg kejadian dan artikel akan dikuarkan. petang ke Bahagian Korporat KPT. last day sebelum balik 13hb tu ke media prima plak..

sungguh baik layanan semua tempat yg dilawati. UPM n UiTM we all disambut dgan baik, byk ilmu yang dpt dikongsikan. begitu juga ke kosmo sehinggakan the next day (13hb) tu ada artikel kat ruang varia kosmo mengenai lawatan we all hehe almost one page thanks kosmo. kat KPT pula kita org disambut dengan jamuan tengahari sebelum pertemuan ngan ketua bahagian korporat. Menurut Dini pegawai yg incharge.. dulu masa dia ke UMS BPK layan sgt baik so kena la layan baik gak.. thanks Dini..

Media prima last destination: ke Hot FM n Fly FM, x heran la media prima ni naik esp Hot FM menjadi stesen radio no 1, org2nya sangat baik, wpun sebuk kami diberi layanan yang baik dan penerangan yg begitu jelas mengenai pengendalian radio. Ini merupakan persiapan BPK utk mengendalikan stesen radio sendiri. kat Hot FM Fafau n FBI yang bertugas. pas betugas wpun bz mereka memberi ruang sedikit masa utk bergambar bersama rombong kami.. FBI n Fafau Both of u memang sporting n x heran kenapa semakin ramai peminat. TQ gak pada Kavita (PR Media Prima) yg melayan kami dgn baik.

Lawatan ni memang sangat berjaya.. banyak yang dipelajari dan membuka mata semua ahli mengenai kedudukan BPK berbanding Korporat di universiti yang dilawati dan juga meningkatkan hubungan luar dgn organisasi luar...

Alhamdullillah ya Allah dengan izinMu jua segala yang dirancang berjalan dengan baik tanpa sebarang masalah.. Syukur dan terima kasih kepada semua staf2 ku yg sentiasa supportive.

BPK staf thanks a lot for ur support...



Saturday, December 6, 2008

5 Bintang ke 3 Bintang

Dua Hari dijemput oleh PPA untuk retreat jabatan ni.. i p ngan si Camy.. sungguh memalukan sbb mula2 ingatkan kat Rasa Ria Resort.. so ngan penuh semangat i n kamy nak check in la..tup2 nama x dak dlm senarai.. bla..bla cakap ngan ptugas kat kaunter tu sehingga la i cakap 'u better check'.. last camy call dr jenifer..rupanya retreat tu bukan kat rasa ria.. haha.. rupanya kat Tuaran Beach Resort (dulu dinamakan Shah Bandar Resort) uh uh malunyaaa....

Dengan perasaan malu we all pun ke Tuaran Beach Resort (drp hotel 5 bintang ke hotel 3 bintang), jalan ke sini pun berlopak2 aduii cian kete i menyusuri jalan2 ni... arggghhh.....