SEMOGA ALLAH MEMBERIKAN AKU DAN ORG2 YG KUSAYANGI KEBERKATAN HIDUP DI DUNIA DAN DI AKHIRAT ~ AMIN
Thursday, January 31, 2013
Jgn lalai dan lupa
Jom kita sentiasa mengingati diri bhw pekerjaan itu merupakan amanah yg perlu kita laksanakan dan kita akan ditanya mengenai pelaksanaannya. Namun jgn la dgn pekerjaan kita boleh sanggup memutuskan hubungan silatulrahim. Jom kita sentiasa memaafkan org dan memohon maaf jika perlu.
memaafkan org kdg2 bukan kerana mereka deserve utk dimaafkan tetapi kerana kita deserve utk hidup dgn penuh kedamaian....
Jgn tkesan dgn pbuatan manusia
jgn tkesan dgn pbuatan manusia..biar ia singgah sebentar utk dproses samada dijadikan sempadan atau teladan...ingatlah bahawa manusia tidak py kuasa apa2....segala yg tjadi adalah dengan ketentuan Allah jua...jgn lalai utk menikmati ketentuanNya..
jika kita tkesan dgn pbuatan manusia yg mlukai hati kita maka kita perlu b'usaha utk b'lapang dada, kita perlu muhasabah diri, kita perlu bentak hati kita ...mungkin ka aku jua pernah melukai org lain..dan bdoalah 'ya Allah ampuni aku jika aku pernah melukai org sekelilingku..sesungguhnya aku telah memaafkan dia..terima kasih Allah kerana mberikanku peringatan utk terus dekat dgn Mu'
semoga kita sentiasa berlapang dada dan dberi kedamaian...amin
Saturday, January 26, 2013
sentiasa positif amalan baik2 aje
5S:
senyum,
sapa,
salam,
sopan,
santun,
sentiasa positif iaitu:
suka beri kerjasama,
tingkatkan silaturahim,
bkasih sayang,
ingat kebaikan org,
jgn kedekut,
sentiasa baiki diri,
terima manusia seadanya......
Jgn sebuk fikir apa kita dapat tp sebuk fikir apa kita boleh bagi....
......drp Prof. Dr. Muhaya (radio IkIm)
Thursday, January 24, 2013
positive thinking
pemikiran yg positif mjadikan diri kita tidak tkesan dgn perbuatan manusia..apa yg blaku dsekeliling kita akan jadikan tauladan dan sempadan utk terus b'usaha menjadi lebih baik.. ini melatih kita utk terus menerima org sekeliling kita seadanya..spt kita yg mahukan org sekeliling menerima diri kita seadanya..ini juga mjadikan kita lebih mengerti bhw semua org mpunyai kelbihan dan kelemahan sendiri..termasuk diri kita...bebaskan diri drp phargaan manusia fokus dgn usaha utk melaksanakan amanah sebaik mungkin kerana amanah yg dberi kpd kita akan disoal dkemudian hari..semoga Allah mberi keampunan atas apa jua kelalaian kita dalam melaksanakan amanah ini.. semoga kepribadian nabi Muhamad s.a.w. menjadi contoh terbaik untuk kita mbentuk kpribadian diri..
Saturday, January 5, 2013
kerja itu amanah 2
Dalam organisasi kita perlu pro aktif..tidak menjadikan persekitaran mghalang kita untuk memberi yang terbaik kepada organisasi. Halangan untuk kita berjaya adalah dalam diri kita bukan faktor luaran. Faktor luaran yang berlaku di sekeliling hanyakan merupakan cabaran yang perlu dihadapi utk kita myumbang kpd organisasi..Sehubungan itu, kita perlu terus muhasabah diri untuk memperbaiki diri bagaimana kita respon kepada cabaran luaran.
Dalam diri kita perlu dihiasi dgn keperibadian yg baik yg digariskan oleh agama. kita bukanlah insan sempurna..kita perlu sedar bhw sbgi insan yg tidak sempurna kita perlu bjuang memperbaiki diri..kita tidak perlu melatah dgn kritikan malahan berterima kasih dgn kritikan itu..jadikan kritikan itu sbagai hadiah utk kita memperbaiki diri..Jika kita punya rasa sedih, berkecil hati maka lawan perasaan itu dgn berkata pd diri adakah perasaan itu singgah kerana kita pernah menyakiti atau menyebabkan org lain bersedih..ini akan menjadi kan kita sentiasa muhasabah diri dan hati kita akan sentiasa tenang. Bila kita tenang kita akan lebih positif, Perkara2 positif akan hadir kepada kita dan kita akan respond dgn apa jua keadaan dgn lebih positif..
Masuklah dalam zon Allah, Bergantunglah kepadaNya, itu akan menjadikan kita lebih kuat. Allah itu maha tahu apa yang terbaik untuk hambaNya. manusia tiada kuasa apa2. apapun yang manusia rancang tanpa izin Allah, tiada apa akan tercapai. Apa yang terjadi kepada kita itu adalah ketentuan Allah. Apabila kita masuk dalam zon Allah in sya Allah kita akan dapat memperbaiki hubungan kita dgn org2 sekeliling kita.
Perjuang kita untuk menyumbang kepada organisasi adalah perjuangan memperbaiki diri..menjadi pemimpin kepada diri. perlengkapkan diri dgn ilmu, dekati Allah, berprasangka baik untuk mendoakan org2 sekeliling kita.
Hanya Allah tempat kita bergantung, melaksanakan amanah yg diberi kepada kita akan dihisab dikemudian hari.
ya Allah ampuni lah kami dan berikan hidayah Mu.
Kerja itu amanah
Syukur alhamdulillah kita bkerja..dan mempunyai sumber rezeki untuk memenuhi keperluan hidup sebagai persediaan mencapai tujuan hidup.
sebagai seorang pekerja kita perlu melaksanakan amanah dengan penuh rasa tanggungjawab. kita perlu memberi 100% terbaik atau melebihi daripada yang sepatutnya. Jangan berkira dgn kerja. Ingatlah kalau la Allah berkira dgn kita..entah apa akan terjadi kepada kita di atas kelalaian kita mengerjakan tuntutan agama ini.
untuk menjadi pekerja yang baik jika kita ditempatkan di sesuatu Jabatan maka perlu tahu deskripsi tugas, rujuk carta organisasi jabatan untuk mengetahui kedudukan dlm organisasi dan mendapat maklumat kakitangan di Jabatan berkenaan. sebagai kakitangan perlu juga mengetahui hala tuju, objektif, fungsi dan aktiviti Jabatan dan apakah dasar, peraturan yang perlu dirujuk untuk melaksanakan tanggungjawab yang diamanahkan.Manual Prosedur Kerja boleh dirujuk bagi mendapatkan maklumat tersbut. Perkara-perkara tersebut amat penting dalam proses pengurusan (management process) iaitu berkaitan planning, organizing dan staffing..
1. persiapkan diri sebagai pemimpin walaupun dmana kedudukan kita..
a. jadi pemimpin pd diri sendiri dulu...kenalpasti kekuatan diri atau nilai baik yg ada pd diri kita untuk mberi yg tbaik, sentiasa muhasabah diri dan atasi kelemahan, jadi role model, perlengkap diri dgn nilai2 yg baik, jauhi sifat mazmumah..
b. jadi seorang pemimpin yg boleh difahami...'be yourself' tapi perlu perjelaskan kepada kakitangan dibawah seliaan kita, expectation kita drp mereka..pkenalkan nilai yg dpegang bersama agar sentiasa wujudnya sinergy yg kukuh dalam team work ..wujudkan culture musyawarah iaitu dengan mdengar dr semua ahli dlm organisasi..pastikan setiap ahli tahu mereka sama penting dlm organisasi walau di mana kedudukan mereka..be a good listener..bjuang utk lebih mdengar..
c. sentiasa tingkatkan ilmu untuk tingkatkan knowlegde, skill dan attitude...ilmu yg dpelajari perlu digunakan utk mperbaiki diri dan digunakan untuk menyumbang kepada organisasi.
Subscribe to:
Posts (Atom)