Tiba2 hari ni ada mood utk menulis blog.. now dah 1.21am.. tadi sebenarnya dah tdo awal cuma tengahmalam tbangun semula.. rasa fresh la ni so baik layan blog ni.. alhamdulillah syukur kepada ya Allah kerana sudah 3 hari dpt menunaikan ibadah puasa. cuma dah 2 hari makan sorang2 emak di kg sbb ada kenduri saudara, adik azam dah blk Tenom, adik azis bbuka ngan staf dia la tu..dah 3 hari puasa ni juga alhamdulillah x beli lagi mkanan kat luar masak sendiri dan kuih2 pun buat sendiri..bukannya terror masak tp lebih suka plak masakan sendiri..klu nak beli kat luar ni teringat nasi kerabu la.. may be next week la cari nasi kerabu :)...
Untuk cete 'Tak Pena Terfikir' ni bukan la cete ttg ramadhan..cuma ari ni tiba2 nak tulis kisah aku nak dipinjamkan oleh KPT di Pej. PMO. hmm ni mmg betul2 x pena terfikir mengena pd diri sendiri. Dulu2 bila ada org dipinjamkan ke Kementerian mcm tertanya2 juga kenapa mereka dipinjamkan yek? bila dah kena diri sendiri baru la faham.
Seblum ni mmg kwn2 kat PMO sll gurau2 nak invite utk kat PMO, sy cuma ketawa2 jer la x layan sgt almaklumlah cuma gurauan kawan2. Tiba2 semasa berada di KL hadiri persidangan HE di Concord KL 27 hingga 28 Julai 2010, seorang kawan di PMO telefon dan myatakan surat peminjaman sy dah keluar kepada Mejar. what? eh betul ker u gurau ni? betul for 2 years..alamak what to do ni? dlm hati sy. Terus dlm kepala teringat suasana Pej. kat Kementerian, wajah bakal Bos dan sebagainya. Hati jadi tak tenang apa nak buat ni? macammana nak tolak ni. sbb rasanya jawapan dah ada di hati sy.. i dont think i want this. apa yg aku kejar? semua tu singgah di benak fikiran ketika itu.
Balik dr KL, 28hb perlu ke Office sbb ada meeting 2pm. Opis rupanya dah kecoh kononnya cete sy pindah dah dibincangkan dan Bos ada view sendiri dan bla bla bla... dah berangan dah sapa nak ganti sy di tempat sekarang.. x cukup dgn itu kebetulan 30hb July kena attend a meeting kat Labuan. kat airport jer semua org dah ucap tahniah! wah cepat nya berita tersebar yer. kwn2 bg macam2 view ada juga yg cakap how could u pegi? mana janji? dan mcam2 lah ada yg bg restu ada yg x bg pegi. Bos2 plak ada juga yg mggalakan dan juga cakap begini 'i dengar u dipinjam oleh KPT'..sy kat yer 'eh jangan la pegi, UMS pun x ramai pegawai, ramai sebenarnya tp bukannya ramai yg boleh buat keja, biarla org KPT cari org KL' ada plak yg kata 'T bagus tu T better u go, nanti u akan belajar byk benda, look at me..' ups dan bla bla bla...
Kwan2 terdekat, bg 2 pilihan klu utk kptgan kerjaya elok pegi ini kan peluang, tp klu soal kwan2 ckp jgnlah pegi we gonna miss u. Gonna miss u all too hehe
I just let this ppl bg view dorang. tp i have my own view. my decision mesti mgambil kira perkara berikut:
1. My mom n my family. dah lama sy di s'jung dulu secondary school, ITM, UKM cukuplah tu kan.
2. UMS ~ ada pjuangan belum selesai
3. colleague ~ ada hasrat di hati yg belum selesai
4. Diri sendiri ~ pun ada masih belum selesai
Siapala sy utk 2 dan 3.. tp dalam hati sy ada perasaan itu, x dpt dibendung..semangat itu masih ada, selagi belum pudar kuteruskan. bukannya mudah tp sedikit demi sedikit mungkin mbawa kesan. x pastilah nantikan klau perkara 4 itu myebabkan sy memilih mungkin keadaan akan berbeza.. buat masa ini 2 dan 3 masih di atas perkara 4. suatu hari mungkin berubah tp selama masih kekal begitu let it be. tp no 1 kekal teratas.
cete peminjaman ini akhirnya samp mll surat di atas mejaku pada 5 Ogos yg lepas. Namun 9 Ogos 2010 aku mmg mengesahkan utk stay with UMS kepada boss no 1. bos lain2 i x perlu bincang apa2 la, lagi pun bila berita peminjaman tu aku x pena dipanggilpun utk bincang perkara tersebut. mcm jadi pbualan di jalanan bukan serius dlm pej. at least boss no 1 ada panggil nak jumpa bincang cuma i couldn't make it sbb sy di labuan masa PA dia call.
Memang x pena terfikir akan lalui situasa mcm ni, insyaAllah segalanya dah selesai. harap2 perjuangan dpt diteruskan lagi.
~amin~
2 comments:
Selamat berpuasa Ti :-) Staylah di UMS supaya ada kawan berchacha...
haha Veron ya la kan susah nanti mo cari kwn2 bdansa...
ups..thanks Veron u all sudi mdengar talk sy ...malu sia sebenarnya ngan u all kwang2 :)
Post a Comment