Saturday, August 28, 2010

Ibadah!

Hari ini weekend,

Ada masa untuk aku upload blog ini. Masa mmg sgt cepat berlalu, tak lama lagi ramadan akan melabuhkan tirai, hy Allah yg maha mengetahui adakah kesempatan utk kita menikmati ramadan pada tahun depan. walau apapun ketentuan Allah, hy Allah yg maha mengetahui apa yg terbaik untuk hambaNya.

Dalam myusuri ramadan bukanlah alasan utk tidak melaksanakan tugas sebaiknya malahan di bulan mulia ini pahala berlipat ganda, apatah lagi jika ianya dijalankan dengan penuh keikhlasan.. itulah janji Allah.

Kadang2 dlm organisasi kita berada dlm kumpulan manusia yg pelbagai. teringat ucapan ex Vc UUM kita harus menerima mereka dlm 1 pakej. kesabaran diperlukan utk berhadapan dgn situasi begini. kita hy boleh menyediakan persekitaran kerja yang memberi motivasi kepada mereka ttp mereka bo memilih utk bkerja dgn sebaiknya atau sebaliknya. Benarlah dalam apa yang dinyatakan oleh Allah dalam surah Ar Ra'd (ayat ke 11), sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum sehingga mereka mengubah keadaan yang ada pada diri mereka sendiri.

Namun kdg2 tanpa disedari kita terlalu bimbang dgn mereka yg tidak mnunjukkan komitmen kerja yang baik, tidak pro aktif dan tidak seperti yg kita mahukan. Kita mungkin sering berkata kerjalah betul2 kerja itu ibadah. Bukannya mudah utk mereka faham ibadah kerja itu sedangkan ibadah wajib spt solat tidak dilaksanakan sebaiknya atau tidakpun dilaksanakan. kalau nak diikut manalah yg lebih membimbangkan ya. melihat mereka yg tidak mjalankan ibadah wajib atau mereka yang tidak menjalankan kerja sebagai ibadah.

Setengah org tidak faham akan perkara ini, mungkin mereka lahir dlm psekitaran yg faham ttg agama, menjalankan solat, mbaca alQuraan, dididik dgn agama sebaiknya. Sebenarnya tidak di Negeri ku ini. walaupun kini dah bbyk berubah namun masih terlalu jauh beza dgn setengah tempat. Kalau nak ikut ini lah yg lebih mbimbangkan. kerana aku yakin hy dgn berpegang kpd agama sahaja boleh membawa manusia kelandasan yg benar.

Namun begitu aku amat bersyukur aku lahir dalam keluarga yg amat ptgkan pendidikan, aku dihantar sekolah disjung mjadikan aku faham byk perkara tentang agama, terima kasih kepada bapa dan mama yg telah memberiku peluang. Syukur kepada Allah kerana memberi ketentuan kepadaku dengan apa yg aku lalui ini. Walaupun begitu, masih byk lagi yg perluku pelajari, aku bukan seorang yg sempurna utk bercakap tentang agama namun dihati ini sudah t'semat bhw hy dgn mdekatkan diri padaNya dapat memberi kedamaian dlm hidup ini.

Aku berdoa org2 disekelilingku diberi hidayah olehMu ya Allah, kerana situasi dan keadaan begini lah yg lebih memberatkan hati.

No comments: