Sunday, February 22, 2009

Australia Part 2

Dah sebulan dah aku p Australia ..tp disebabkan dah janji mau samb story trip ke Australia tu kugagahkan diri hari ni.. walaupun cete ni cam dah lapuk...namun aku cuba gak coret kan disini sekadar dijadikan kenangan..naib baik ada buku catatan, boleh la aku merujuk peristiwa yang berlaku kat sana dan aku cuba untuk membuat ringkasan kisah2 7 hari berada disana.. 2 malam di Melbourne selepas lawatan ke dua buah univ, iaitu monash univ n melbourne univ kami pun btolak ke Canberra n Sydney.. perjalanan kali ni memakan masa almost 12 jam.. 10.10mlm gitu btolak dr Melbourne n sampai di Canbera pagi kul 7 am gitu.. memandangkan jadual lawatan ke High Commission of Malaysia, Canberra hanya kul 10.45am maka kami di bawa melihat kangaroo kat 1 taman di atas bukit, kami beruntung kerana ada gak kanggaroo yg kelihatan wpun cuma seekor bersembunyi plak tu disebalik pkk. selepas itu kami dibawa ke town mencari tempat bf, bukan rezeki kami sbb area kawasan halal food masih ditutup kami kemudian dibawa ke bangunan parlimen.. utk basuh muka n btukar baju sebelum ke ambassy (x mandi ler) almaklum 1 mlm dlm bas.. samp kat High Commission of Malaysia kami disambut dengan baik oleh org M 'sia disitu..dalam x mandi tu cara bpakaian student kali ni kena puji amaklum sume pakai blazer..semua namp. ceria n lega bila melihat hidangan makanan M'sia, nasi lemak + karipap + minuman panas..w/bmanapun semua org kontrol makan sbb sms talk oleh timb ambassador M'sia ke Australia ada plak disentuh protokol makan :)..masing-masing jadi kenyang makan pun skit2 walhal semua kelaparan..selepas di bawa ke seluruh bangunan kami ambik kesempatan amik gambar kenangan seblum bas samp jam 12.30pm n kami btolak ke Sydney plak, kali ni journey memakan masa 4 jam gitu, kami samp. di Sydney kul 5pm gitu..Bilik Hotel kat Sydney ni agak kecik n katilnyapun siap katil besi gi mcm di asrama..selepas rehat sekejap aku & Iman kuar ke china town x jauh dr hotel kami menginap.. kami dpti barangan di Melbourne (victoria Market) jauh lebih murah...so kami x la membeli sangat.. selepas tu kami mencari restauren halal, kami dimaklumkan restaurent zafran tapi agak jauh dr hotel tapi gagahi diri utk pegi.. kami tapau jer la sbb kul 10.00pm ada meeting. soknya plak sms bf, kami tkezut bila di kaunter tu org bg salam n cakap malay plak tu. kami turut dimaklumkan semua mknanan adalah halal..i cuma mkn bubur n bread n minum tea..

Selepas bf adalah ke Sydney university.. samp agak awal 8.30am gitu so kami amik gambar dulu kat depan building.. bila president student union tu sampai 9.30am kami pun dibawa melawat ke semua bangunan di bawah kendalian student union, aduhhh jauhnya bjalan rasa cam dr wisma merdeka ke wawasan plaza n baru patah blk ke wisma..pas tu singgah gi ke asia city n kawasan sinsuran n segama tu la perumpamaan perjalanan kami ni ...punya la byk kemudahan utk student dibawah kwlan student union nii.


selepas lawatan ni, kami di bawa ke kawsan dimana boleh bgambar blatar blakangkan opera house.. Gambar bawah ni antara gambar berlatarkan opera house

Pas tu ke taman Sydney wildlife World .. cni baru nampak kanggaroo n kaola yg posing sakan.. Gambar bawah ni menceritakan sikit lawatan kat Sydney Wildlife tu.


Pas tu kami di bawa ke market (The Rock)..kat cni la i beli skaf yg i buat contoh utk pakaian korporat PPA..mahal gak skaf ni tp sbb minat i beli 2 helai..barangan kat market ni mmg mahal so we all window shopping jer.. tkenang masa kat victoria market di melbourne.. mmg sgt murah barang kat sini..sedih kami brada disana cuma 2 jam utk makan thari n beli barang2 souvenir. Gambar bawah ni antara suasana kat Market tu.. suasananya bbz ngan china town sbb owner bg gerai2 kat cni adalah org Local.. nampak lebih bersih tapi lebih mahal..


Kami kemudian dibw kehotel, actually dah check out dah so we all lepak jak kat lobi nasib baik lobi ni agak tersembunyi dr kwsan reception so cni sume org solat kat penjuru2 ...aku & iman kuar cari makan gi sbb mlm ni journey ke brisbane difahamkan 7 jam.. so kami pun mcari restauren kasturi (restaurent melayu di sydney)..rupanya x lah jauh sgt dr Hotel kami berbanding restaurent zafran.. Masuk jer restaurent tu, waitress n waiter restaurent ni cam x peramah ... senyum pun susah.. bila dity boleh speak malay @ x? jwb pun x.. apalah ...

Dari Sydney destinasi berikutnya Gold Coast n Brisbane... kami dalam bas almost 7 jam...

cerita selanjutnya akan disambung nanti :).............InsyaAllah

Tapi sebelum tu ni nak tunjuk gambar2 Pompuan2 yg tlibat dlam trip kali ni hehe 'Ini Iklan Spek Baru'

Dari Kiri: Yaya, Iman, Su, myself, Nadia n Belakang tu si Zai...





RENUNGAN DAN PEDOMAN UTKKU!


SEKADAR BUAT RENUNGAN DAN PERINGATAN BUAT DIRIKU DAN YG SUDI MEMBACA!



Semoga Allah menjauhkan aku dari sifat2 Mazmumah yang menjadi Penyebab kepada Hati yang Tidak Bahagia ...kerana sesungguhnya di dunia yang sementara ini Hanya ketenangan Jiwa yang kumahukan Dan hanya kebaikan yang kucari....Berbuat baik kepada semua tanpa mengira darjat pangkat..kerana di dunia ini semua manusia adalah sama yang membezakan cuma Iman......

Antara mazmummah utama yang menghilangkan bahagia di hati ialah :

1. Pemarah - paling mudah dikesan atau dilihat dan paling banyak di dalam diri manusia. Orang seperti ini jarang mendapat kawan dan hati tentunya tidak terang

2. Pendendam - tersembunyi iaitu ibarat mengumpul lahar di dalam dada. Orang seperti ini sentiasa mencari-cari peluang untuk membalas dendam hatta secara yang kecil-kecil sekalipun seperti sakitkan hati atau tempelak orang yang didendami itu. Sebab itu orang pendendam mudah kena sakit jantung.

3. Hasad dengki - amalanya hangus akibat hasad dengkinya itu kerana ia memiliki sifat ketuhanan.

4. Bakhil - sentiasa merasakan orang lain menginginkan harta, kesenangan, pangkat dll. dari dirinya. Contohnya sentiasa berdalih mengatakan ia tiada duit.

** Allah lebih sayang orang yang fasiq tetapi pemurah tetapi benci orang yang abid tetapi bakhil. Kerana walaupun fasiq, pemurahnya itu tetap memberi manfaat pada orang lain kerana kadangkala rezeki itu Allah beri melalui makhluk.

5. Tamak - orang yang tidak puas dengan yang sedikit nescaya tidak akan puas dengan yang banyak kerana dunia ini ibarat meminum air laut?walau berapa banyak yg diminum tetap tak abis jugak?lagipun org tamak selalu rugi..

** Ingat ! yang dikatakan harta atau rezeki kita bila ia dipakai atau digunakan oleh kita. Selagi tidak diguna iaitu disimpan, itu belum boleh dikatakan rezeki kita. (mungkin ada hak orang lain di situ) Biarlah rezeki itu sedikit tetapi mendapat keberkatan iaitu dapat dimanfaatkan.

6. Tidak sabar - andainya perkara yang kecil pun tidak boleh bersabar apatah lagi hal-hal yang lebih besar.

7. Ego - ibu segala mazmummah jadi ia membuatkan seseorang paling tidak tenang. Orang yang memiliki sifat ini pantang tercabar dari sudut zahir mahupun batin.

8. Riak - terseksa sendiri kerana sentiasa tercari-cari peluang untuk dipuji. Sentiasa berlakun-lakun di depan orang. Jika ia dipuji, ia akan menambah amalnya tetapi jika dikeji, ia akan mengurangkan amalnya. ?Allah marah kalau kita riak..takabbur dgn aper yg kita ada?

9. Cinta dunia - tidak dapat menderita, ?dapat pun menderita kerana bila sudah dapat susah pula menjaganya. Berhartalah tidak mengapa tetapi kawal hati jangan diletakkan pada harta itu. ? biler mati cuma bawa amalan dan doa anak yg soleh/solehah?

** Cinta dunia merupakan "neraka dunia" kerana dunia itu "panas" akibat ia merupakan barang buruan dan rebutan. Jadi letakkanlah akhirat itu di hati dan dunia itu di tangan supaya dunia itu senang dibahagi-bahagi dan akhirat dibawa mati.


YA ALLAH LINDUNGILAH AKU DAN SEMUA ORANG2 YANG KUSAYANGI ...................................AMIN

Thursday, February 19, 2009

sediiiiiiiiiiiiiiiiiiih.... sayuuuuuuuuuuu kecewaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa ????

Hari ini seperti biasa aku turun ke padang utk join power walk every Tuesday n Thursday.. ada gak rakan2 lain yg dtg.. pak mail esp paling rajin, awie n madi difahamkan lebih awal 5.45 am cam tu dah dtg so aku yg samp kul 6.50am berhasrat utk power walk utk 30 minutes.. ari ni ngan my geng karas si zue.. hmm dipendek kan cete lepas senaman kami nak mandi ke sebuah masjid... alangkah terkejutnya aku bila ku lihat dalam kawasan mandi VVIP muslimat ada pakaian lelaki, kain sarung, n seluar lelaki, ini menyebabkan aku dan zue bcadang ke bilik VVIP di atas... setiba di atas aku n zue terkejut lagi kerana kelihatan pontong rokok di dalam botol mineral water di tangga yang berkarpet... aduh apabila pintu VVIP aku buka rupanya ada org lelaki sedang tido di dalam ...melopong lagi...sedihnya aku melihat keadaan ini sempat aku melihat pantry semasa membuka pintu VVIP tersebut dan kelihatan seperti dapur di rumah....sediiiiih melihat rumah Allah yang sepatutnya dalam keadaan bersih kemas dan selesa tetapi dalam keadaan begini... dan yang lebih menyayat hati ini kawasan perempuan kenapa ada lelaki disini... rasa x selamat di tempat yg mulia ini..

semalam rabu.. sebenarnya aku pun ada jugak ke power walk.. aku dah guna tandas dibawah tu.. pada masa tu nampak ada kain sarung lelaki dan sinki kelihatan ada berus gigi .. ubat gigi.. sabunnnn...aku gagahkan diri utk mandi disini sbb tandas tu boleh dikunci wpun ruang luar utk ambil air sembahyang x boleh dikunci...aku telah pun majukan complain semalam kepada yg berkenaan... x sangka pula rupanya tempat ini lagi teruk hari ini....

aku berfikir sejenak rupanya semalam aku mandi disini tetapi kawasan ini x selamat utk org perempuan...ya Allah sedihnya...

aku teringat lawatan ke Australia baru2 ini dimana kami singgah di sebuah masjid di Brisbane btapa berbeza nya keadaan yg aku namp di bumi sendiri.. masjid itu sungguh bersih tersusun dengan begitu indah, walaupun x sebesar masjid2 di malaysia tetapi kelihatan ditingkat bawah masjid itu ada ruang pantry yg kemas tersusun meja makan utk jemaah dan kerusi disusun ditempat asal... aku menaiki tangga ke atas melihat sendiri tempat solat yang begitu kemas dan ruang2 papan kenyataan yg begitu berinformasi, begitu juga kelihatan ada ruang utk pembelajaran..mungkin tempat belajar mengaji..di masjid ini hanya seorang penjaga semasa kami tiba masa tu masih pagi dan agak sunyi..begitu tenang beribadah di masjid ini..

sayunya aku mengenangkan perbezaan masjid di Australia dan di tempat sendiri.. keadaan Masjid di depan mata ini sungguh jauh berbeza 'bagaimanalah keadaan ini boleh menarik org ke masjid' ...aku x dapat menahan sebak mengenang keadaan rumah Allah ini diperlaku begini...

semoga segalanya ini akan menginsafkan... amin


Monday, February 9, 2009

CHECK LIST CETE2 AKAN DTG DLM BLOG INI

Sebelum zzzzz... ni check list cete2 yg target nak tulis disini..

(1) sambungan cete Trip to Australia...............'adui bila nak sampai ke cete
(1a) 14 hours dlm perut bas &
(1b) cete restaurent melayu kat Sydney (waitress/waiter x peramah langsung.. typical Malay la, she didnt even answer me when i asked whether she can speak malay or not... ) &
(1c) cete i terror tgk peta upss bila desperate n bsama org x kisah jadi terror rupanya (Iman2 nasib baik i ni terror tau klu x sesat dah kita), normally ngan kengkawan i ni follow blakang jer x kisah langsung &
(1d) nak cete ttg tjumpa anak Datuk S ( bukan nama sebenar) dan sbginyer laa MAMPU KER I NAK TULIS SUME TU YER ....

(2) cete lunch kat atmosphere YS ...'ehh kenapa i pening ni' help! help!..ups peghaknyer i..rupa2nyerr restaurent ni moving' nice restaurent....(50% for UMS staf)

(3) cete Konvensyen KIK + dinner KIK ... cool ..

(4) cete Kursus 'Ikut Suka Othman' di Bangunan MAA..who is Othman??? suspen

(5) hutang2 Tag..aduii bila nak buat ni latest tag nleen n agee...

(6) i feel like i want to write something on a few books that i have read uhh tgk la klu rajin

(7) cete i join hiking n Pitam ..:D

(8) cete i join power work every Tuesday, Thursday (6.30am -7.00am)

Skaf Korporat PPA


Gambar ni nak tunjuk ler skaf baru tu .. skaf korporat PPA

Lama x update blog ni.. cam bz plak.. cete australia pun x siap2 ..tag pun x tbuat2.. ni pun cuba gagah kan diri menulis.. sajer nak tunjuk skaf baru PPA.. sapa yg ke pameran KIK ari tu nampak ler ... pakaian korporat PPA ni akan digunakan every monday n sms bertugas if ada pameran kat luar... Detailnyer kenalah berkunjung ke opis PPA on monday :).. di sebalik skaf ni ada gak cete Australia.. suspen gitu..

k la ni jer tmampu kucoretkan utk hari ni.. oh ya ... kete cun belakang tu of course ler my car...

ok tu jer utk kali ni..ngantuk nyerr zzzzzz

tata.. sampai jumpa...

Sunday, February 1, 2009

Sepetang di Pantai: adikku Azam n anaknya Raihan




31 Jan 2009 sehari selepas Raihan Nufail masuk umur 2 tahun

Tiba2 my adik si Azam bawa makan2 kat tepi pantai.. Dirancang 4pm, 5 pm pegi almost 7pm balik umah dah..

KB pun ada pantai secantik di Gold Coast :)