Monday, August 25, 2008

konvo ke 10 berakhir jua

Syukur alhamdulillah satu lagi tanggungjawab kepada organisasi ini dapat kulaksanakan. walaupun pelbagai cabaran dan rintangan yang kulalui, ianya dapat dilaksanakan dengan baik dan semestinya banyak perkara telah kucatat untuk penambahbaikan pada masa akan datang. Ini merupakan konvo pertama yang kuurus selepas konvo komemoratif diraja tahun lepas.

Pada hari pertama sidang satu, selepas petugas berada di zon masing-masing dan selepas aku membuat tinjauan di semua tempat seawal jam 6 pg. aku memberi kepercayaan kepada ketua zon untuk melaksanakan semua yang telah dirancang mengikut zon masing-masing. banyak juga timbul masalah dan suara-suara yang sentiasa mencari kelemahan ku selama ini. tp aku sedikit pun tidak berputus asa dgn suara2 sumbang itu. berani bercakap di belakang tidak pula tampil ke depan untuk memberi cadangan apa yang baik untuk dilaksanakan. petang itu juga selepas sidang dua masuk ke dewan aku berjumpa dengan ketua2 zon untuk mendapat fade back apa yang perlu dibaiki untuk 3 sidang akan datang. aku bersyukur punya team yang mudah untuk dibawa berbincang dan pro aktif untuk memperbaiki keadaan. Ini menyebab sidang berikutnya dapat kami laksanakan dengan baik dan lebih tenang.

sudah semestinya tidak semuanya perfect. tetapi yang lebih penting setiap keadaan dan situasi yang perlukan perhatian dapat kuatasi dengan kerjasama rakan-rakan yang lain. banyak yang dapat kulihat yang dapat dibaiki pada masa akan datang untuk memudahkan perjalanan setiap zon. insyaAllah dalam tempoh terdekat aku akan adakan pos mortem dan catatan bagi mengatasi kelemahan akan kubukukan untuk kegunaan akan datang.

aku mengucapkan terima kasih kepada Kakitanganku di BPK yang memberi komitmen yang tidak berbelah bagi, begitu juga kepada semua rakan-rakan yang tidak jemu memberi pandangan dan sokongan kepadaku.

Terima kasih juga kuucapkan kepada semua petugas yang bertungkus lumus di zon masing-masing.

syukur kepadaMu yang Allah yang memberiku kekuatan untuk teruskan perjuangan

amin

Friday, August 1, 2008

KUASA

Hari ini, aku berjumpa setiap kakitangan di office untuk menilai pencapaian 1/2 tahun setiap kakitangan dan seterusnya berbincang mengenai perkara-perkara yang boleh dibaiki pada masa akan datang serta melihat semula perancangan untuk bulan ogos hingga disember dan pada tahun hadapan.

seronok juga hari ni walaupun aku terpaksa duduk di pejabat menemuduga semua kakitangan. keseronokanku berubah menjadi sedih apabila dikejutkan dengan berita salah seorang kakitangan di bahagian ku ini akan dipindahkan ke tempat lain. selama ini aku sering mendengar kuasa tu boleh memberi ruang kepada seseorang untuk memperolehi apa sahaja yang dia kehendaki. x sangka aku mengalami sendiri keadaan dimana kuasa digunakan mengambil kakitangan daripada pejabat ini tanpa berbincang keperluan dijabatanku ini.


disini aku melihat bagaimana org seperti aku yang tidak punya kuasa dan tidak pandai bermadah serta mengambil peluang dengan situasi dan keadaan akan terus dipinggirkan. aku begitu sedih dengan situasi hari ini. tetapi aku tahu Allah itu maha adil setiap berlaku punya hikmahnya. sekurang-kurangnya apa yang berlaku membuka mataku tentang orang-orang disekelilingku.

minggu ini banyak juga perkara yang menyebabkan aku sedih. kadang-kadang mematahkan semangat untuk terus bekerja keras demi u ini. jika aku punya rezeki lain sudah pasti aku tinggalkan tempat ini. semoga Allah memberiku kekuatan, menyuntik sedikit semangat dan memberiku ruang untuk meneruskan perjalanan karier kuini kerana rezeki ini la membolehkan aku meneruskan kehidupan.

Saturday, June 28, 2008

My new car






Gambar: ni gambar kete i, ini tempat parking kat apartment i. gambar2 ni ditangkap dr umah i kecuali yg gamb dlm kete tu la amik masa ready nak drive.

sajer la nak masukkan gak cete ttg kete baru i kat sini. kete ni i terima pada 10 Mei 2008. Lepas beli kete ni berlaku plak kenaikan harga minyak. aduhh.. so pas ni kena la bjimat cermat. kete ni memang best..

Friday, June 27, 2008

Bengkel 2 Hari BPK


Alhamdullilah berjaya juga BPK mengadakan bengkel penulisan artikel selama 2 hari 26hb until 27hb. bengkel ini dapat liputan gak la sbb ada gak press yang dijemput hadir. i pun ada gak bagi speech and ni la antara petikan speech i tu yang dipetik daripada akhbar Sabah Times.


Meanwhile UMS Head of Corporate Communication Division (CCD) Norti Haji Sirin in her speech said that CCD would continue to play its role in providing training and exposure to UMS staff in the effort to create quality article writers.

According to her various related programs would be continued where all are more towards the integrated participation from UMS folks.

She said, “UMS needs people who can contribute articles not only for UMS Bulletin but also to the print and electronic media”.

Tuesday, June 24, 2008

AQUAMARINE MY BIRTHSTONE




Gambar kat atas tu pendants yang i beli sempena amik rebet road tax pada 23 Jun 2008. selain pendants tu i beli gak pearls 1 set (necklace n bracelet). Pendants tu la birthstone i aquamarine.

March 11

Modern birthstone: aquamarine
Zodiac gemstone for pisces: amethyst

Ini mengenai Aquamarine:

From the light blue of the sky to the deep blue of the sea, aquamarines shine over an extraordinarily beautiful range of mainly light blue colours. Aquamarine is a fascinatingly beautiful gemstone. Women the world over love it for its fine blue shades which can complement almost any skin or eye colour, and creative gemstone designers are inspired by it as they are by hardly any other gem, which enables them to create new artistic cuts again and again.

Its light blue arouses feelings of sympathy, trust, harmony and friendship. Good feelings. Feelings which are based on mutuality and which prove their worth in lasting relationships. The blue of aquamarine is a divine, eternal colour, because it is the colour of the sky. However, aquamarine blue is also the colour of water with its life-giving force. And aquamarine really does seem to have captured the lucid blue of the oceans. No wonder, when you consider that according to the saga it originated in the treasure chest of fabulous mermaids, and has, since ancient times, been regarded as the sailors' lucky stone. Its name is derived from the Latin 'aqua' (water) and 'mare' (sea). It is said that its strengths are developed to their best advantage when it is placed in water which is bathed in sunlight. However, it is surely better still to wear aquamarine, since according to the old traditions this promises a happy marriage and is said to bring the woman who wears it joy and wealth into the bargain. An ideal gem, not only for loving and married couples.

koleksi pearls nini









Gambar: dua paling atas tu pearl dari xian china, yang bawah tu sume pearls sabah yang x kurang hebatnya.

Sunday, June 22, 2008

kerusi baru


Gambar: Ni kerusi baru kat umah i, kerusi idaman ni last month i beli.