Monday, August 25, 2008

konvo ke 10 berakhir jua

Syukur alhamdulillah satu lagi tanggungjawab kepada organisasi ini dapat kulaksanakan. walaupun pelbagai cabaran dan rintangan yang kulalui, ianya dapat dilaksanakan dengan baik dan semestinya banyak perkara telah kucatat untuk penambahbaikan pada masa akan datang. Ini merupakan konvo pertama yang kuurus selepas konvo komemoratif diraja tahun lepas.

Pada hari pertama sidang satu, selepas petugas berada di zon masing-masing dan selepas aku membuat tinjauan di semua tempat seawal jam 6 pg. aku memberi kepercayaan kepada ketua zon untuk melaksanakan semua yang telah dirancang mengikut zon masing-masing. banyak juga timbul masalah dan suara-suara yang sentiasa mencari kelemahan ku selama ini. tp aku sedikit pun tidak berputus asa dgn suara2 sumbang itu. berani bercakap di belakang tidak pula tampil ke depan untuk memberi cadangan apa yang baik untuk dilaksanakan. petang itu juga selepas sidang dua masuk ke dewan aku berjumpa dengan ketua2 zon untuk mendapat fade back apa yang perlu dibaiki untuk 3 sidang akan datang. aku bersyukur punya team yang mudah untuk dibawa berbincang dan pro aktif untuk memperbaiki keadaan. Ini menyebab sidang berikutnya dapat kami laksanakan dengan baik dan lebih tenang.

sudah semestinya tidak semuanya perfect. tetapi yang lebih penting setiap keadaan dan situasi yang perlukan perhatian dapat kuatasi dengan kerjasama rakan-rakan yang lain. banyak yang dapat kulihat yang dapat dibaiki pada masa akan datang untuk memudahkan perjalanan setiap zon. insyaAllah dalam tempoh terdekat aku akan adakan pos mortem dan catatan bagi mengatasi kelemahan akan kubukukan untuk kegunaan akan datang.

aku mengucapkan terima kasih kepada Kakitanganku di BPK yang memberi komitmen yang tidak berbelah bagi, begitu juga kepada semua rakan-rakan yang tidak jemu memberi pandangan dan sokongan kepadaku.

Terima kasih juga kuucapkan kepada semua petugas yang bertungkus lumus di zon masing-masing.

syukur kepadaMu yang Allah yang memberiku kekuatan untuk teruskan perjuangan

amin

No comments: