Hari ini, aku berjumpa setiap kakitangan di office untuk menilai pencapaian 1/2 tahun setiap kakitangan dan seterusnya berbincang mengenai perkara-perkara yang boleh dibaiki pada masa akan datang serta melihat semula perancangan untuk bulan ogos hingga disember dan pada tahun hadapan.
seronok juga hari ni walaupun aku terpaksa duduk di pejabat menemuduga semua kakitangan. keseronokanku berubah menjadi sedih apabila dikejutkan dengan berita salah seorang kakitangan di bahagian ku ini akan dipindahkan ke tempat lain. selama ini aku sering mendengar kuasa tu boleh memberi ruang kepada seseorang untuk memperolehi apa sahaja yang dia kehendaki. x sangka aku mengalami sendiri keadaan dimana kuasa digunakan mengambil kakitangan daripada pejabat ini tanpa berbincang keperluan dijabatanku ini.
disini aku melihat bagaimana org seperti aku yang tidak punya kuasa dan tidak pandai bermadah serta mengambil peluang dengan situasi dan keadaan akan terus dipinggirkan. aku begitu sedih dengan situasi hari ini. tetapi aku tahu Allah itu maha adil setiap berlaku punya hikmahnya. sekurang-kurangnya apa yang berlaku membuka mataku tentang orang-orang disekelilingku.
minggu ini banyak juga perkara yang menyebabkan aku sedih. kadang-kadang mematahkan semangat untuk terus bekerja keras demi u ini. jika aku punya rezeki lain sudah pasti aku tinggalkan tempat ini. semoga Allah memberiku kekuatan, menyuntik sedikit semangat dan memberiku ruang untuk meneruskan perjalanan karier kuini kerana rezeki ini la membolehkan aku meneruskan kehidupan.

No comments:
Post a Comment