Thursday, April 10, 2014

perkongsian ilmu

Saya terpanggil untuk berkongsi isi kandungan ceramah dan buku-buku Prof. Dr. Muhaya,

Saya sering gunakan pendekatan Prof. dalam siri-siri ceramah saya, saya bukanlah seorang yang sempurna malahan terlalu banyak dalam diri perlu diperbaiki. saya juga bukan mengajar tetapi mengajak untuk sama-sama berkongsi ilmu untuk dijadikan manafaat bersama. saya teringat sabda rasulullah s.a.w "sampaikan dariku walaupun hanya sepotong ayat" .

Jadi rasanya tidak salah berkongsi ilmu bagi insan serba kekurangan ini.

Teringat saya kata-kata Prof. Dr. Muhaya, manusia terbahagi kepada dua(2) iaitu mereka yang mempunyai kesederan ketuhanan yang tinggi  dan mereka yang mempunyai kesedaran keegohan.

Ciri-ciri mereka yang mempunyai kesederan ketuhanan ialah seperti berikut:
1. sentiasa senyum
2. sentiasa memberi kerjasama iaitu suka memberi pertolongan [tidak berkira].
3. penuh kasih sayang
4. suka melihat kecantikan dalam orang.
5. suka terima orang lain seadanya.
6. fikir apa boleh beri 
7. mengharap redha Allah.

Ciri-ciri mereka yang mempunyai kesederan keegoan ialah seperti berikut:
1. suka marah-marah.
2. suka bersaing [nak lebih dari orang]
3. sentiasa nak betul
4. sentiasa risau apa orang kata [fikir sangat nilai diri]
5. sangat fikir hasil usaha sendiri.
6. fikir apa akan diterima.
7. mengharap penghargaan manusia.
8. sifat-sifat mazmumah [dengki, irihati, dendam, riak, ego dsbg.]

Saya sangat terkesan dengan cara Prof. Dr. Muhaya memberi inspirasi kepada masyarakat, sangat simple, logic mudah diterima dan menggunakan pendekatan agama yg sangat jitu. Apabila beliau diajukan soalan tentang isu atau masalah, mudah sahaja beliau menjawab, minta kita melihat dalam diri dan ingat mati. Hidup perlu kita design jangan hidup by default. saya masih ingat Prof kata kalau perempuan cuba sekali sekala semasa pakai telekung tengok cermin dan lihat kematian kita, nak kita senyum atau sebaliknya. Banyak sungguh ilmu berguna yang boleh digunakan untuk berubah. sungguh menginsafkan.

Saya terfikir kenapa kita perlu berubah? melalui pendekatan Prof. Dr. Muhaya, kita perlu tahu tujuan hidup. Tujuan hidup adalah untuk bertemu Allah nanti, beliau juga sering memberi penekanan, dunia ini cuma ujian dari Allah keputusanNya di akhirat kelak.

Beliau kata, kita perlu bertanggungjawab atas apa berlaku pada diri kita, jgn salahkan orang lain atau situasi, sentiasa lihat diri. Apa berlaku pada kita hari ini adalah apa yang telah kita pilih pada masa lalu.  Jangan salahkan ibu bapa yang membesarkan kita, mereka membesarkan kita berdasarkan ilmu mereka ada. Pendekatan selalu Prof. guna ialah Have Give and Get [Ada, Beri dan Dapat], simple untuk kita memilih kehidupan kita. apa tidaknya kita diingatkan apa kita beri itu kita dapat, sanggup kah kita memberi perkara tidak baik @ perkara dilarang oleh Allah @ berbuat jahat kepada orang kalau akhirnya kita atau keluarga kita yang akan dapat balasannya. fikirkan.

Ini juga ada kaitan dengan bahagia membahagiakan, untuk bahagia kita perlu beri kebahagiaan. untuk tenang kita perlu beri ketenangan, namun kita tidak akan dapat beri apa yang kita tiada, oleh itu untuk memberi kebahagiaan dan ketenangan kita perlu bahagia dan tenang terlebih dahulu. segalanya bermula dr dalam diri. Kebahagiaan dan ketenangan pula akan dihantar oleh Allah kepada kita sebagai balasan jika kita membahagiakan dan memberi ketenangan kepada orang lain.  Itulah konsep Ada, Beri dan Dapat.

Tegas Prof., hari-hari adalah pilihan raya, dan ini bergantung kepada tujuan hidup kita, jika kita inginkan syurga maka hari-hari kita perlu membuat keputusan untuk mendapat redha Allah. apabila akhirat kita kejar maka dunia akan mengejar kita.

Jika ingin berubah lakukan perubahan dalam tempoh 21 hari, untuk menjadikannya sebagai kebiasaan. Jika kita mendapat kasih sayang dan redha Allah semua dalam dunia ini akan menjadi kecil.

Betul la kata Prof. kalau kita masih berdegil untuk mencari redha Allah, agaknya kerana  keimanan kita sangat tipis sedangkan kematian itu satu kemestian. Bagi prof. ingatlah mati, inn sha Allah kita akan istiqamah. berjuanglah melawan hawa nafsu, melawan bisikan syaitan.

Jika kasih sayang Allah kita dapat maka hidup ini akan indah, Allah akan permudahkan kehidupan kita dengan pelbagai peristiwa yang tidak disangka-sangka yang amat memberi kebahagian dan ketenangan kepada kita.

Sekian.

NHS






 

No comments: