Wednesday, April 23, 2014

Orang Morocco

Selepas breakfast hari ni duduk dulu di lobi hotel, tiba-tiba seorang wanita berusia lingkungan 50an datang dan duduk dikerusi sebelah.  Kami berbalas senyum dan akhirnya bersembang tetapi dia tidak boleh berbahasa inggeris apa tah lagi bahasa Malaysia. Tapi saya faham dia bukan Malaysian bila dia cuba bagi tau dia dr Negara Morocco.

Dia cuma kata dia akan ke Melaka kemudian akan ke Dubai dan akhirnya ke Morocco. Dia Tanya dlm bentuk perkataan dan signal tangan yang sy faham maksudnya, adakah saya boleh bercakap Arabic, sy kata tidak, dia Tanya lagi boleh ka sya baca Quran, sy kata ya. akhirnya dia baca al fatihah dan saya pun turut serta baca, agaknya dia agak rimas kami sukar untuk faham memahami ketika berkomunikasi.  sungguh indah bacaan alfatihah beliau. akhirnya sebelum bpisah dia menada tangan berdoa..yang saya faham perkataan Jannah, sy pun aamiiin kan selepas dia ulang beberapa kali doa itu sebelum bangun sambil berjabat tangan dan memberi salam seterusnya beredar. sy beranggapan dia berdoa "semoga kami masuk ke syurga" . masya Allah. walaupun singkat perkenalan kami tanpa bertukar namapun tp telah cukup dengan doa yang terakhir ke jannah itu dan berjabat tangan dengan begitu erat. sy terkenang kata2 mentor sy "the power of silaturahim"

sy juga terkenang semasa Umrah bagaimana dua orang wanita mesir mengajar saya membaca doa sebelum minum air zam zam. agak panjang doa itu akhirnya sy tulis. Alhamdulillah

Sungguh Indah

Norti

No comments: