Saturday, January 5, 2013

kerja itu amanah 2

Dalam organisasi kita perlu pro aktif..tidak menjadikan persekitaran mghalang kita untuk memberi yang terbaik kepada organisasi. Halangan untuk kita berjaya adalah dalam diri kita bukan faktor luaran. Faktor luaran yang berlaku di sekeliling hanyakan merupakan cabaran yang perlu dihadapi utk kita myumbang kpd organisasi..Sehubungan itu, kita perlu terus muhasabah diri untuk memperbaiki diri bagaimana kita respon kepada cabaran luaran. Dalam diri kita perlu dihiasi dgn keperibadian yg baik yg digariskan oleh agama. kita bukanlah insan sempurna..kita perlu sedar bhw sbgi insan yg tidak sempurna kita perlu bjuang memperbaiki diri..kita tidak perlu melatah dgn kritikan malahan berterima kasih dgn kritikan itu..jadikan kritikan itu sbagai hadiah utk kita memperbaiki diri..Jika kita punya rasa sedih, berkecil hati maka lawan perasaan itu dgn berkata pd diri adakah perasaan itu singgah kerana kita pernah menyakiti atau menyebabkan org lain bersedih..ini akan menjadi kan kita sentiasa muhasabah diri dan hati kita akan sentiasa tenang. Bila kita tenang kita akan lebih positif, Perkara2 positif akan hadir kepada kita dan kita akan respond dgn apa jua keadaan dgn lebih positif.. Masuklah dalam zon Allah, Bergantunglah kepadaNya, itu akan menjadikan kita lebih kuat. Allah itu maha tahu apa yang terbaik untuk hambaNya. manusia tiada kuasa apa2. apapun yang manusia rancang tanpa izin Allah, tiada apa akan tercapai. Apa yang terjadi kepada kita itu adalah ketentuan Allah. Apabila kita masuk dalam zon Allah in sya Allah kita akan dapat memperbaiki hubungan kita dgn org2 sekeliling kita. Perjuang kita untuk menyumbang kepada organisasi adalah perjuangan memperbaiki diri..menjadi pemimpin kepada diri. perlengkapkan diri dgn ilmu, dekati Allah, berprasangka baik untuk mendoakan org2 sekeliling kita. Hanya Allah tempat kita bergantung, melaksanakan amanah yg diberi kepada kita akan dihisab dikemudian hari. ya Allah ampuni lah kami dan berikan hidayah Mu.

No comments: