Saturday, June 21, 2008

Melawat rumah anak yatim




Hari ini aku bersama beberapa org rakan misa, zue, zally n ros telah terpanggil untuk mengadakan lawatan ke rumah anak yatim di Tuaran. Syukur Alhamdulillah setibanya di rumah anak yatim petang tadi lebih kurang jam 3 petang ketibaan kami seolah2 dinantikan oleh penghuni rumah yayasan kebajikan suria. apa yang berlaku, pada mula kami sebenarnya ke rumah anak yatim ini secara tidak formal hanya ke sana untuk menghantar pakaian terpakai, buku2 bacaan, beras dan makanan KFC. tidak pula terlintas yang kami akan disambut oleh penghuninya. Alhamdulillah rupanya ada rombongan UNITAR yang sepatutnya dinanti oleh penghuni sini tetapi tidak kunjung tiba. kami menganggap ini la rezeki kami untuk seketika bersama penghuni yayasan ini. tanpa diduga kami menjadi pengubat kepada ketidak hadiran rombongan UNITAR. kami amat bersyukur ketibaan kami disambut baik. semasa tiba kami diserbu oleh penghuni yang begitu excited bersalaman dengan kami. kami kemudian memperkenalkan diri dan menghidangkan mereka KFC. sebaknya hati ini melihat telatah kanak2 disini. kami berpeluang bersembang bersama mereka, bertanyakan latar belakang dan kemudian memberi sedikit motivasi dan kata-kata semangat untuk meneruskan kehidupan. semoga Allah memberi kekuatan kepada adik-adik ini untuk terus menjalani kehidupan yang penuh mencabar ini. sesungguhnya setiap yang berlaku itu ada hikmah disebaliknya. Alhamdulillah hati ini terpanggil untuk berjumpa adik2 disini.

No comments: