Friday, June 20, 2008

Jumpa kawan lama



Gambar: ni la gambar kawan i Dayangku Noraminah Hj Awang Ali, gambar ni di airport masa i antar dia

Hari ni sejarah dalam hidupku, siapa sangka selepas 12 tahun aku x bertemu kawan baik ku masa kat universiti tiba2 muncul di KK dan telah menghubungiku. walaupun cuma seketika tapi aku merasakan pertemuan ini cukup untuk mengubat rindu selepas bertahun2 x bertemu.

aku masa tu di office buat kerja seperti biasa, tiba2 telefon office berbunyi dan apabila kusambut satu suara yang telah sekian lama x kudengar tiba2 menjengah ke telinga ku. dayangku noramina hj awang ali sahabat baik ku semasa di universiti kami sungguh exited untuk bertemu dan kami pun berjanji bertemu petang tu 2 ptg sbb malam nya beliau akan balik ke sarawak flight kul 7.30petang. aku ke hotel tempat beliau menginap dan kemudian kami ke rumah ku sebelum menghantar beliau ke airport jam 4.30 petang.

semasa bersama banyak kami bercerita kisah2 lama semasa di universiti dulu, masing-masing ketawa mengenang pelbagai kisah lucu serta pelbagai kisah pahit manis semasa bersama.

semasa di uni dulu kami sebenarnya bertiga yang amat rapat (dayang from mukah sarawak/ateh(kak ani)from johor n myself). kini dayang jadi cikgu di MRSM kuching, ateh pulak pensyarah di UKM n myself pegawai tadbir kat UMS.

semoga persahabatan ini akan terus berpanjangan

No comments: