Saturday, March 16, 2013

sebuah pkongsian..

hari ni di rumah ajer ...adik dan mak blk kg ada menduri kawin anak buah..rasa mcm x berapa sihat nak ikut..baik mnulis blog agar x mbuat masa.. kejap lg nak mbaca apa2 buku untuk mnambah ilmu.. semalam 1 hari kuatkan diri utk bkongsi ilmu, dberi kepercayaan utk bg talk kpd kawan2 sperjuangan di UMS..berani terima cabaran utk bkongsi ilmu bersama rakan2 bukan kerana kita cukup sempurna ttp utk sama2 nasihat menasihati dlm mharungi kehidupan di alam pekerjaan.. semua org tahu dlm pekerjaan perlu bpegang kepada nilai2 murni..kerajaan mganjurkan pelbagai nilai dan etika utk mjadi pegangan pjawat awam..yg terkini dilancarkan ialah berkenaan ETos dalam perkhidmatan Awam (2012)...namun sejauh manakan nilai2 pegangan anjuran kerajaan ini dihayati....di ums dlm amanat naib canselor menegaskan utk mhargai masa, bkaitan harmoni dan jgn benci mbenci.. sejauh manakah semua wadah ini mjadi pegangan..atau sekadar blalu tanpa dhayati dan memberi kesan.. dlm perkongsian sy dgn rakan2 2 faktor utama mjadikan semua nilai dan etika yg dianjurkan meresap dlm diri kita ... 1 faktor dalaman: minda yg positif, hati yg bersih, tahu tujuan bkerja.. apabila kita mpunyai minda yg positif maka perkara positif shj akan dtg kepada kita, untuk mpunyai minda yg positif hati perlu bersih thindar dr sifat2 mazmumah..tujuan bkerja perlu jelas iaitu semata2 kerana Allah..sy juga mberi ingatan kpd diri dan rakan2 dgn memetik buku tulis prof dr. muhaya celik mata dan jiwa etika berkerja dlm islam yg bpegang kepada 3 perkara iaitu 1. bekerja kerana Allah (ubudiyyah) menghambakan diri kerana Allah. Jaga solat, mbuat sst dgn penuh tanggungjawab dan mbuat kerja sperti ianya urusan kita. 2 bertanggungjawab atas semua yang dilakukan dan ke 3. Membuat sesuatu kerja sebaik mungkin. jika Allah yg mjadi tonggak utama kita bkerja sudah pasti kita akan bpegang kepada prinsip bersih, cekap, amanah, kasih sayang dan bkerjsama. kita juga akan mcari kebahagian dengan membuang perkara negatif, jangan mhukum orang dan keseimbangan dalam semua hal. 2. faktor luaran: jika kita bpegang kepada minda yg positif, maka kita seharusnya tidak tkesan dgn faktor luaran tetapi ini adalah cabaran dan perkara ya g perlu kita jaga iaitu pergaulan, apa yg kita lihat (sperti channel tv), apa kita dengar seperti radio apa yg kita pilih.. kita sepatutnya memilih wadah utk kita menuntut ilmu antaranya tanyala ustaz, tanyalah ustazah, 30, Halaqah, Ilmu, radio IKIM, apa buku yg kita baca dan pelbagai lagi. untuk memastikan faktor-Faktor kejayaan penerapan nilai2 murni itu berjaya melekat dalam diri kita dan mampu untuk kita tepis maka kita perlu sentiasa refleksi diri. 1. muhasabah diri: cermin diri kita, pd usia yg kini lihat balik apa yg telah kita lakukan? kita perlu mjadikan mata kita seperti mata lebah yg mana lebah jika dicampak dlam lautan kotoran akan mcari kemanisan..mhisap manis dan mgeluarkan manisan,..Jangan kita mjadi mata lalat bila dcampak dlm lautan bunga akan mcari benda busuk.. diri kita perlu mpunyai telinga yg mdengar kebaikan org sahaja untuk dijadikan teladan dan mendengar keburukan diri utk dperbaiki. kita juga perlu ingat utk mbuang rasa ego, semakin kita mnuntut ilmu semakin byk ilmu yg kita belum tahu..perlu ingat apa yg kita miliki ini adalah pinjaman dr Allah untuk kita terus mberi...mberi manafaat kepada org.. saya juga mberi ingatan kepada rakan2 dan diri sendiri bahawa sesungguhnya semua manusia itu fitranya mahukan kebaikan namun kehidupan ini adalah pjuangan untuk kita menepis bisikan syaitan yg mbawa kehancuran. oleh itu kita perlu mperlengkapkan diridengan ilmu agar kita tidak tgolong dalam golongan mereka yg lemah yg akhirnya lemas dan lalai bpegang kepada garisan yg benar. Dalam perkongsian mengenai muhasabh diri ini sy mbawa prinsip yg digunakan oleh Prof. Dr Muhaya iaitu Have, Give and Get.. kita perlu mberi kasih sayang tanpa bsyarat dengan org sekeliling kita, untuk mberi kasih saya kita perlu mpunyai kasih sayang, myayangi diri dan insya Allah kita akan disayangi. kita perlu tenang untuk mberi ketenangan dan mdapat ketenangan. Dalam pekerjaan kita perlu mbezakan hubungan dalam pekerjaan dan hubungan sesama manusia, kita perlu mjauhkan diri dari mcari permusuhan. kita mungkin bbeza pendapat dalam perkerjaan tetapi itu bukan tiket utk kita tidak btegur sapa atau mmutuskan hubungan sesama kita. saya juga bkongsi mengenai kehidupan ini kita perlu mmenuhi 2 perkara iaitu memenuhi Tujuan dan memenuhi keperluan. Memenuhi Tujuan bmaksud memenuhi tujuan hidup iaitu tujuan akhir kita menemui Allah. kita tidak akan dpt lari dr kenyataan bhw tujuan hidup ini untuk menemui Allah..oleh itu untuk mmenuhi Tujuan kita perlu dekatkan diri kepada Allah..jika kita dekatkan diri kepada Allah dgn melaksanakan perkara yg dituntut oleh Nya dan mjauhkan diri drp perkara yg dilarang...maka hati kita akan damai.. untuk memenuhi keperluan plak kita bkerja mdapat keselesaan hidup, dgn rezeki Allah beri kita beli rumah, kereta dan pelbagai lg. kedua2 memenuhi tujuan dan keperluan perlu seimbang bg kita mcari kedamaian yg hakiki. sy juga telah berkongsi mgenai the 7 habits of highly effective ppl buku tulisan Stephen covey dan sy mberi tumpuan kepada 3 habits yg pertama bkenaan self mastery iaitu be pro active, begin with the end in mind dan Put first thins first.. org yg pro aktif tidakakan tkesan dengan faktor luaran, org yg proaktif tidak mberi tiket org lain myakiti hatinya dan akan terus melaksanakan amanah tanpa mpersoalan ttg org lain. begin with the end in mind plak sy kaitkan dgn apa yg kita lakukan perlu ada matlamat dan kaitkan dgn matlamat terakhir kita iaitu unguk mcapai tujuan..manakala put first things first kita perlu sentiasa mnumpu kpd quadrant perkara ptg dan x urgent.. Demikian ringkasan sbuah pkongsian semoga mberi manafaat kpd diridan rakan2 yg hadir..inn sya Allah

No comments: