Setelah sekian lama tidak mgupdate blog ini, hari ini kugagahi juga diri untuk memcoretkan sesuatu.
Hari ini Isnin, tapi seperti tidak pulak kurasai, mungkin kerana weekend lepas aku myiapkan beberapa kerja pej., wpun sebenarnya sempat juga aku membawa mama keluar jalan2 ke Gaya Street. Mungkin itu sebab aku stuck untuk memulakan kerja tadi walaupun hakikatnya senarai keja telah pun bsedia utk dilaksanakan, mungkin kerana aku kurang berehat di saat sepatutnya aku berehat. Alhamdulillah akhirnya 3 perkara dapatku selesaikan pagi ini, kini beberapa perkara lagi sedang menunggu untuk dibuat.
Biarlah aku mencoretkan sesuatu di blog kuini, mana tau akan membakar sedikit semangat utk kuterus melaksanakan amanah ini.
Aku terpanggil untuk berkongsi sesuatu yg sering aku fikirkan.
Sebagai manusia jgnlah kita terlalu bertanya APA SEPATUTNYA keadaan sekeliling atau orang sekeliling buat kepada kita, ada baiknya kita bertanya APA SEPATUTNYA KITA BUAT, kerana kita tidak boleh mengubah sesuatu diluar kwlan kita tetapi kita boleh mengubah diri kita.. setidak-tidaknya jika kita tidak boleh mengubah situasi kita boleh mencuba untuk mengubah persepsi. Persepsi yang kita pilih perlulah sesuatu yg memberi ketenangan pada diri kita. Ada baiknya kita melatih diri bertanya sesuatu yg boleh kita kawal drp bertanya sesuatu yg diluar kawalan kita.
Dalam sesetengah kead. ramai di antara kita yg mjadi mangsa keadaan. MANGSA KEADAAN di sini bukan kerana teranaya, tetapi mangsa keadaan di mana situasi dimana kita sering mencari alasan keadaan sekeliling untuk memberi yang terbaik. Kita sering menuding jari kesilapan org lain, jabatan lain, boss lah, pengurusan lah dan macam2 lagi, sedangkan terlalu banyak ruang utk meyalurkan cadangan dan pandangan. kesebukan mencari kesalahan org lain, keadaan sekeliling akhirnya menyebabkan diri kita terbeban dan akhirnya x dpt memberi yg terbaik. kita juga mungkin perlu belajar utk mhormati sesuatu keputusan yg tidak menepati kehendak kita, yg penting kita telah memberi pandangan atau cadangan dan jika pandangan kita x diterima maka hormatilah keputusan terakhir. Jgnlah terlalu mengikat sesuatu yg sukar utk kita kawal sehingga kita lalai utk menikmati hikmah yg Allah berikan.
Mungkin juga kita kena belajar untuk TIDAK BERKIRA, sebagai hamba Allah kita kena mgajar hati kita utk TIDAK BERKIRA sesama manusia. kdg2 hati kita dilukai, pedihnya, mmg sgt sedih bila kita dilukai..kdg2 kita terasa dgn layanan org sekeliling kita ~sedihnya.. tetapi kita perlu belajar utk membuang segala perasaan sedih itu dengan cepat..kerana tiada gunanya bersedih kerana Allah itu maha tahu apa yang terbaik untuk hambaNYa. mungkin juga kesedihan seketika itu sebagai dugaan Allah utk kita lebih berhati2 agar tidak melukai orang lain. Kita perlu malu kepada Allah kerana kalaulah Allah itu sgt berkira sudah lama segala hikmah yang diberi kepada kita ditarik balik. apa agaknya akan berlaku jika Allah itu berkira sms kita lalai dalam mengerjakan solat! pernahkah kita terfikir...
apa yg kita miliki ini semuanya milik Allah, pinjaman semata2 jgnlah kita berhenti untuk mensyukurinya..
Orang sering berkata memaafkan itu mudah tetapi melupakan itu amat sukar, mmg ada kebenaran kata2 itu. Bukan senang utk kita melupakan org yg pernah berlaku sesuatu yang tidak baik kepada kita, wpun kita telah memaafkan perbuatan mereka. Tapi ada baiknya kita cuba sedaya upaya melupakan perbuatan manusia ini. Jgn la kita cuba mengikat perkara-perkara yg mjadi barah di hati kita. Sy merasakan jika kita tidak lupa ~bermakna sebenarnya kita tidak memaafkan. sedangkan jika kita tidak memaafkan maka tidak sempurnalah iman kita. sebagai hamba Allah kita perlu malu bagaimana Allah itu maha pengampun, kita buat salah kita minta ampun, Allah terima...kita buat salah kita minta ampun lagi dan lagi dan lagi, kalau lah Allah itu tidak melupakan kesalahan kita mungkin kita tidak diampuniNya. ~ sedangkan Hadis yang bermaksud: Demi Tuhan yang mana diriku berada pada tanganNya (kekuasaan) sekiranya kamu melakukan kesalahan sehingga memenuhi dosa-dosa itu antara langit dan bumi kemudian kamu memohon keampunan Allah nescaya Dia akan mengampunimu.
Demikianlah coretanku hari ini, utk ingatan diri sendiri dan mereka yg mahu mghargainya.
Sekian..
2 comments:
Hoho... Betul cakap incik berkaitan Mangsa Keadaan, n Berkira...huhuhu... Saya sangat setuju...
Lal:
tqvm oleh itu jgn jadi mangsa kejayaan utk memberi terbaik~dgn kata lain be proactive ~ steven covey :)
Jgn juga berkira~ sbb kalau Allah itu berkira ntah apa jadi pada kita yg sering lalai ni ~
Thanks kerana appreciate what i wrote
Good Luck Hilal :)
Post a Comment