Sunday, February 22, 2009

Australia Part 2

Dah sebulan dah aku p Australia ..tp disebabkan dah janji mau samb story trip ke Australia tu kugagahkan diri hari ni.. walaupun cete ni cam dah lapuk...namun aku cuba gak coret kan disini sekadar dijadikan kenangan..naib baik ada buku catatan, boleh la aku merujuk peristiwa yang berlaku kat sana dan aku cuba untuk membuat ringkasan kisah2 7 hari berada disana.. 2 malam di Melbourne selepas lawatan ke dua buah univ, iaitu monash univ n melbourne univ kami pun btolak ke Canberra n Sydney.. perjalanan kali ni memakan masa almost 12 jam.. 10.10mlm gitu btolak dr Melbourne n sampai di Canbera pagi kul 7 am gitu.. memandangkan jadual lawatan ke High Commission of Malaysia, Canberra hanya kul 10.45am maka kami di bawa melihat kangaroo kat 1 taman di atas bukit, kami beruntung kerana ada gak kanggaroo yg kelihatan wpun cuma seekor bersembunyi plak tu disebalik pkk. selepas itu kami dibawa ke town mencari tempat bf, bukan rezeki kami sbb area kawasan halal food masih ditutup kami kemudian dibawa ke bangunan parlimen.. utk basuh muka n btukar baju sebelum ke ambassy (x mandi ler) almaklum 1 mlm dlm bas.. samp kat High Commission of Malaysia kami disambut dengan baik oleh org M 'sia disitu..dalam x mandi tu cara bpakaian student kali ni kena puji amaklum sume pakai blazer..semua namp. ceria n lega bila melihat hidangan makanan M'sia, nasi lemak + karipap + minuman panas..w/bmanapun semua org kontrol makan sbb sms talk oleh timb ambassador M'sia ke Australia ada plak disentuh protokol makan :)..masing-masing jadi kenyang makan pun skit2 walhal semua kelaparan..selepas di bawa ke seluruh bangunan kami ambik kesempatan amik gambar kenangan seblum bas samp jam 12.30pm n kami btolak ke Sydney plak, kali ni journey memakan masa 4 jam gitu, kami samp. di Sydney kul 5pm gitu..Bilik Hotel kat Sydney ni agak kecik n katilnyapun siap katil besi gi mcm di asrama..selepas rehat sekejap aku & Iman kuar ke china town x jauh dr hotel kami menginap.. kami dpti barangan di Melbourne (victoria Market) jauh lebih murah...so kami x la membeli sangat.. selepas tu kami mencari restauren halal, kami dimaklumkan restaurent zafran tapi agak jauh dr hotel tapi gagahi diri utk pegi.. kami tapau jer la sbb kul 10.00pm ada meeting. soknya plak sms bf, kami tkezut bila di kaunter tu org bg salam n cakap malay plak tu. kami turut dimaklumkan semua mknanan adalah halal..i cuma mkn bubur n bread n minum tea..

Selepas bf adalah ke Sydney university.. samp agak awal 8.30am gitu so kami amik gambar dulu kat depan building.. bila president student union tu sampai 9.30am kami pun dibawa melawat ke semua bangunan di bawah kendalian student union, aduhhh jauhnya bjalan rasa cam dr wisma merdeka ke wawasan plaza n baru patah blk ke wisma..pas tu singgah gi ke asia city n kawasan sinsuran n segama tu la perumpamaan perjalanan kami ni ...punya la byk kemudahan utk student dibawah kwlan student union nii.


selepas lawatan ni, kami di bawa ke kawsan dimana boleh bgambar blatar blakangkan opera house.. Gambar bawah ni antara gambar berlatarkan opera house

Pas tu ke taman Sydney wildlife World .. cni baru nampak kanggaroo n kaola yg posing sakan.. Gambar bawah ni menceritakan sikit lawatan kat Sydney Wildlife tu.


Pas tu kami di bawa ke market (The Rock)..kat cni la i beli skaf yg i buat contoh utk pakaian korporat PPA..mahal gak skaf ni tp sbb minat i beli 2 helai..barangan kat market ni mmg mahal so we all window shopping jer.. tkenang masa kat victoria market di melbourne.. mmg sgt murah barang kat sini..sedih kami brada disana cuma 2 jam utk makan thari n beli barang2 souvenir. Gambar bawah ni antara suasana kat Market tu.. suasananya bbz ngan china town sbb owner bg gerai2 kat cni adalah org Local.. nampak lebih bersih tapi lebih mahal..


Kami kemudian dibw kehotel, actually dah check out dah so we all lepak jak kat lobi nasib baik lobi ni agak tersembunyi dr kwsan reception so cni sume org solat kat penjuru2 ...aku & iman kuar cari makan gi sbb mlm ni journey ke brisbane difahamkan 7 jam.. so kami pun mcari restauren kasturi (restaurent melayu di sydney)..rupanya x lah jauh sgt dr Hotel kami berbanding restaurent zafran.. Masuk jer restaurent tu, waitress n waiter restaurent ni cam x peramah ... senyum pun susah.. bila dity boleh speak malay @ x? jwb pun x.. apalah ...

Dari Sydney destinasi berikutnya Gold Coast n Brisbane... kami dalam bas almost 7 jam...

cerita selanjutnya akan disambung nanti :).............InsyaAllah

Tapi sebelum tu ni nak tunjuk gambar2 Pompuan2 yg tlibat dlam trip kali ni hehe 'Ini Iklan Spek Baru'

Dari Kiri: Yaya, Iman, Su, myself, Nadia n Belakang tu si Zai...





No comments: