Saturday, January 31, 2009

Rezeki ke Australia

Syukur alhamdullillah Allah memberiku rezeki untuk menjejakkan kaki ke Bumi CiptaanNya, Bumi Australia. sesuatu yang tidak diduga apabila aku diberitahu pada hari Jumaat 9 Jan 2009 dan perjalanan ialah pada 13 Jan 2009. Syukur dan terima kasih kepada rakan dan bos yang memberi peluang.

Pemergian ku kali ini bersama pelajar ex MPP UMS, wajah mereka ini bukan la asing bagi ku kerana sepanjang mereka menerajui MPP aku sering dipanggil untuk memberi ceramah malah apabila mula dilantik dulu mereka telah membuat kunjungan hormat ke Pejabatku pada tahun 2007. Pegawai Pengiring pula Dr Suyanshah merupakan ex Pengetua Kolej Indah yg mula mengambilku sebagai Felo 9 tahun yang lalu (1998), Iman pula walaupun x rapat dgnku namun aku masih ingat beliau antara rakan PP baru yg pernah 2 kali mendengar ceramahku dan aku pernah berkunjung ke Pejabat Beliau di UMSKAL. Beliau juga pernah menghubungi aku bertanya hal berkaitan kerja. Sepanjang di Australia Iman la roommate ku.. :)

Ketentuan Allah memberikan peluang untuk kumpulan kami bersama menikmati sebuah kehidupan di Bumi Australia. Syukur kepada Mu ya Allah di atas peluang ini. Alhamdulillah..

13 hb aku dihantar oleh adikku aziz ke airport pada jam 4.20 gitu dan singgah ke KK amik Iman. OTW ke airport aku menerima panggilan telefon ada pelajar yang tetinggal. hmm suspen gitu namun pelajar MPP telah menghantar taxi untuk mengambil beliau ke Kolej... Zai Zai sempat juga budak ni datang ke KKIA..flight kami kul 6.05 pagi ke KLIA tiba jam 8.30pg & flight ke Melbourne jam 10.10pagi..

Flight ke Melbourne mengambil masa 12 Jam ..1 jam 55 minit sebelum tiba di Bumi Melbourne aku sempat menjenguk di tingkap flight memandangkan aku duduk ditepi. sungguh indah pemandangan itu dan aku x pasti apakah yang kelihatan terdampar dibumi itu.. seperti lautan tetapi berwarna putih.. kelihatan juga terbentang luas dataran berwarna coklat..aku sempat merakamkan gambar pemandangan tersebut.


Gambar ni dirakam pada jam 7.00pm masa Melbourne (4.17pm masa M'sia) almost 2 jam seblum landing jam 8.55pm masa Melbourne

Landing di Bumi Melbourne jam 8.55pm masa M'sia 5.54pm, selepas semua berkumpul kamipun naik ke Bas dan Menuju ke Penginapan di Melbourne. Batman's Hill Hotel

Quality Hotel Batman's Hill on Collins is located in the heart of Melbourne. opposite Southern Cross Station, is within a short walk to the Crown Casino and Entertainment Complex, Rialto Towers, Melbourne Aquarium, Southgate, Melbourne Exhibition & Convention Centre, Docklands restaurants and Telstra Dome Stadium.


Gambar Bilik kat Melbourne (hotel ni 4 star tp bilik kecik jer, tpaksa solat atas katil)


Selepas check in i n Iman kat Bilik jer sbb kepenatan tdo sampai pagi.. Iman cuma pesan mee segera ngan budak2 yg kuar.


To be continued ....

2 comments:

Capriconous Cyw said...

suspen betul cerita!! syiok syiok baca intro, tiba tiba to be continue!! look forward for next episod!!

Norti Sirin said...

Suspen yek harap bersabar ...tungggguuu

anyway TQ...