Friday, September 19, 2008



HARAP IANYA MENJADI KENYATAAN... Semoga KB maju dan tidak ketinggalan dlm arus pembangunan.

Artikel ini dipetik drp Berita Harian................

Projek jelapang padi Kota Belud mula November ini: Musbah

KOTA BELUD: Projek jelapang padi Kota Belud yang bakal melonjakkan daerah itu sebagai pengeluar beras terbesar di Sabah akan dimulakan November ini.

Pembantu Menteri Pertanian dan Industri Makanan Negeri Datuk Musbah Jamli berkata pelbagai bantuan akan disalurkan kepada petani bagi memastikan projek itu berjalan lancar.

Projek itu adalah peluang terbaik bagi mendorong dan memastikan golongan petani mengusahakan tanah terbiar dan kementerian akan membantu petani dalam semua aspek termasuk membekalkan jentera pembajak dan menyediakan sistem pengairan yang sistematik dan kemudahan pemasaran, katanya Bernama di sini, hari ini.

No comments: