Hari ini aku menulis skdr perkongsian Ilmu, Islam yg mgajar umatnya utk sentiasa bfikiran positif dgn mhayati ajaran yg ditinggalkan dalam Al quraan dan Hadis. Dgn ilmu yg amat cetek aku cuba utk bkongsi sst skadar utk panduan dan ingatan diri sendiri.
Sesuatu yg sgt mulia apabila kita berupaya melihat sst perkara dr sudut positif shj. Ianya sgt ptg bg memastikan kita sentiasa bebas dr tekanan yg kdg2 sgt mbebankan perasaan. Apalah erti kehidupan jika kita tidak dpt laluinya dgn penuh kedamaian yg mbw kpd kegembiraan yg berterusan.
Islam itu byk mgajar umatnya utk sentiasa positif, tp kita terkdg gagal mhayatinya. Byk sejarah mgambarkan bagaimana Nabi Muhammad s.a.w amat bersabar dgn kerenah manusia. Baginda pernah dibaling dgn batu tetapi dibalas dgn mbaling org itu dgn sekeping roti. Kemuliaan peribadi Nabi Muhammad s.a.w merupakan contoh terbaik dlm menhadapi kehidupan dgn kerenah manusia yg pelbgai. Dalam islam kita juga diajar menahan amarah.
Begitu juga dlm Islam mgajar umatnya utk sentiasa redha menerima qada dan qadar atau ketentuan Allah.
Allah swt telah juga bpesan dalam al quraan byk perkara agar manusia sentiasa bsediaa mhadapi apa jua dugaan kerana sesungguhnya Allah swt lebih tahu apa yg tbaik utk hambaNya.Allah swt hy akan mberi dugaan kepada hambaNya yg b'upaya mhadapinya. Kita perlu sentiasa berpra sangka baik dgn Allah.
Ya Allah ampunilah aku kdg2 lalai dlm mhayati agamaMu. Betapa indahnya Islam the way of life. Dalam al Quraan semua perkara mgenai bagaimana mhadapi kehidupan telah pun Engkau gariskan.
Allah tidak akan mnurunkan bala dan malapetaka di dunia ini tanpa pernah myebutnya terdahulu dalam Al quraan, apabila berlakunya Tsunami teringat sejarah dinyatakan dalm Al quraan zaman nabi Noh begitu juga Apabila blaku gempa bumi sehingga menenggelamkan sesuatu tmpt.
Betapa Engkau amat berkuasa ya Allah raja sekalian alam, Engkau beri peringatan untuk kami umat manusia melihat peredaran siang dan malam, melihat peredaran bumi di paksinya utk kami berfikir akan kebesaranMu ya Allah.
Engkau juga mgajar umatMu untuk menjadi umat terbaik, tidak memusuhi sesiapa selama mana mereka tidak memusuhi agamaMu.
Tidak masuk syurga jika kamu memutuskan hubungan saudara, peringatan ini mbuktikan betapa ikatan sesama manusia perlu diperkukuhkan dan jgnlah bermusuh musuhan sesama manusia. Tidak heran jika dalam Islam kita diajar utk sentiasa memaafkan kesalahan org lain dan sentiasa muhasabah diri.
Kehidupan ini perlu dihargai dan dilalui dgn hati yg damai dgn izin Allah. Semoga Allah memberikan aku rahmat hidayah bpanjangan juga kepada kedua ibubapaku, adik2, saudara mara, sahabat2ku begitu juga seluruh umatMu.
Sayangilah ya Allah mereka yg mnyayangiku, kurniakan mereka kenikmatan hidup di dunia dan akhirat.
Wasalam
SEMOGA ALLAH MEMBERIKAN AKU DAN ORG2 YG KUSAYANGI KEBERKATAN HIDUP DI DUNIA DAN DI AKHIRAT ~ AMIN
Friday, April 8, 2011
Wednesday, April 6, 2011
syukur Alhamdulillah
Ya Allah berilah balasan kebaikan kpd mereka yg bbuat baik kpdku. Terima Kasih Allah
Monday, February 7, 2011
Bersyukurlah menjadi rakyat Malaysia
Melihat keadaan dunia sekeliling yg x henti dgn sengketa, ptt mbuka mata kita utk terus msyukuri nikmat kemakmuran yg dikurniakan oleh Allah di bumi M'sia. semoga rakyat m'sia x berhenti utk msyukuri nikmat ini dengan sentiasa mengingati Allah. semoga pemimpin m'sia yg diberi tanggungjawab mgalas amanah menerajui negara terus mperjuangkan keamanan agar m'sia kekal aman damai dan rakyatnya dilindungi Allah.
Tuesday, December 7, 2010
Selamat Tahun Baru Maal Hijrah
Selamat Tahun Baru..alhamdulillah tahun baru ini di Kg bersama Ibu tersayang.semoga tahun ini akan penuh keberkatan Mu ya Allah..amin
Friday, November 12, 2010
kepimpinan
wlaupun byk buku2 dibaca mgenai leadership ..jelas semua yg ditulis telah ditunjukkan oleh Nabi Muhammad s.a.w ..terpanggil utk bkongsi catatan hamba Allah ini:
Nabi Muhammad adalah contoh peribadi yang dapat dicontohi kepimpinannya. Oleh itu, semoga kita mengenali betapa indahnya kepimpinan Nabi Muhammad SAW.
Walaupun sudah lama wafat, namun pengaruhnya tetap kekal sehingga ke hari ini. Ia tidak lapuk di telan zaman dan tidak lekang dimakan usia. Kepimpinan adalah pengaruh. Semakin kuat kepimpinan individu, maka semakin kuat pengaruhnya. Begitu juga dengan Baginda. Tidak hairan apabila Micheal H. Hart, di dalam bukunya 'Seratus Tokoh Yang Paling Berpengaruh dalam Sejarah', menempatkan Nabi Muhammad SAW pada kedudukan teratas, jauh mengatasi tokoh-tokoh dunia yang lain.
Di sini timbul persoalan, pemimpin yang bagaimanakah sehingga pengaruhnya mampu menembusi tembok hati kita?
Jawapannya adalah,
1. Sebelum memimpin individu lain, Nabi SAW sering mengawal dengan memimpin diri sendiri terlebih dahulu.
• Baginda menjaga mata daripada melihat perkara yang boleh merosakkan hatinya.
• Baginda menjaga tutur katanya sehingga Baginda tidak berbicara melainkan kata-kata yang benar, indah dan bermakna.
• Baginda berjaya memimpin nafsu, keinginan dan memimpin keluarganya dengan cara yang terbaik sehingga Baginda mampu memimpin umat dengan cara yang MUMTAZ.
2. Nabi Muhammad saw memperlihatkan kepimpinannya tidak hanya menyuruh dan melarang tetapi, Baginda berjaya memimpin dengan contoh tauladan yang terbaik. Dalam kehidupan sehariannya, sebagai pemimpin, Baginda sentiasa melakukan tugasnya terlebih dahulu sebelum diperintahkan kepada individu lain. Keteladanan ini penting kerana sehebat mana pun kata-kata, ia tidak berharga melainkan menyeimbangkan kata-kata itu dengan perbuatan.
Nabi SAW tidak pernah menyuruh individu lain sebelum menyuruh dirinya sendiri. Baginda juga tidak melarang individu lain sebelum melarang dirinya. Kata-kata dan perbuatannya sentiasa selari sehingga setiap kata-kata diyakini kebenarannya. Kesannya, beliau memiliki kekuatan Ruhiah yang dahsyat.
Dalam Al-Quran suratul as-Saf ayat 3, Allah menyatakan yang bermaksud : "Amat besarlah kebencian di sisi Tuhan apabila kamu mengatakan apa yang tidak kamu lakukan."
3. Kepimpinan Baginda tidak hanya menggunakan akal dan fizikalnya tetapi, memimpin dengan hatinya. Nabi SAW juga mencurahkan rasa cintanya kepada para sahabat sehingga setiap individu dapat merasakan cintanya dengan penuh kasih sayang, tutur katanya menjadi rahmat sekalian alam dan tingkah lakunya yang menawan.
Pemimpin yang baik adalah pemimpin yang mampu berkhidmat dengan tulus ikhlas demi kesejahteraan umatnya. Ia sanggup berkorban dengan mudah kerana merasakan itu adalah kehormatan sebagai pemimpin dengan mengorbankan orang lain. Pemimpin teladan tidak akan terlintas di fikirannya faedah beliau akan dapat daripada umatnya. Tetapi ia sering kali memikirkan faedah yang dapat disumbangkan bagi umatnya.
Apabila berfikir bagaimana cara mengubah nasib sesuatu bangsa, ia sesuatu yang berat. Oleh itu, marilah kita sama-sama berfikir bagaimana kita dapat memimpin diri kita sendiri. Jangan biarkan diri kita menjadi hina kerana mata yang tidak terjaga ataupun kerana tutur kata kita yang penuh keangkuhan. Marilah kita sama-sama tunduk dan berkhidmat kepada individu lain kerana sebaik-sebaik manusia adalah yang paling banyak manfa'atnya.
Inilah dikatakan cermin yang dapat kita contohi daripada kepimpinan Nabi Muhammad SAW. Peribadinya terlalu agung dan contoh teladannya tetap kekal dalam dada Muslimin hingga ke akhir zaman.
PEMIMPIN YANG DEMOKRATIK.
Salah satu akhlak dan kepimpinan Nabi Muhammad SAW adalah bermesyuarat. Nabi Muhammad SAW diperintahkan oleh ALLAH SWT supaya bermesyuarat dengan sahabat-sahabatnya, sebagaimana Allah menyatakan dalam Surah Ali 'Imran, ayat 159 : yang bermaksud "Dan bermesyuaratlah dengan mereka."
Dalam bermesyuarat, kadangkala individu itu membuat cadangan kepada Baginda. Jika Baginda melihat bahawa pendapat itu adalah benar dan tepat, maka Baginda akan mengamalkannya. Ada beberapa langkah yang dilakukan oleh Nabi dalam bermesyuarat iaitu bersikap lemah lembut, pemaaf dan sentiasa memohon keampunan dari Allah SWT.
Sememangnya kita perlu menerima kenyataan ada individu yang berbeza pendapat dengan kita. Perkara yang perlu adalah sikap menerima perbezaan pendapat yang wujud. Sikap ini penting kerana ia sentiasa berlaku dalam konteks bermesyuarat.
Nabi SAW berkata seperti yang diceritakan oleh Bukhari dan Muslim yang bermaksud:
"Kalian adalah pemimpin, maka kalian akan diminta bertanggungjawab. Penguasa juga adalah pemimpin. maka mereka juga akan diminta supaya bertanggungjawab atas kepimpinannya. Begitu juga suami adalah pemimpin keluarga, maka mereka akan diminta supaya bertanggungjawab atas kepimpinannya. Isteri juga adalah pemimpin (rumah tangga suaminya), maka akan diminta menjalankan tanggungjawabnya. Pelayan juga adalah pemimpin (atas harta tuannya),maka akan diminta supaya bertanggungjawab terhadap pengurusannya. Oleh kerana kalian adalah pemimpin, maka kalian diminta supaya bertanggungjawab atas kepimpinan kalian."
Demikian adalah kunci kejayaan Nabi Muhammad SAW dalam memimpin umat. Apabila Baginda diiktiraf sebagai pemimpin umat adalah benar kerana Baginda menjadi contoh ikutan pemimpin bangsa di seluruh alam semesta yang membawa rahmat dan kebaikan bagi membimbing umat manusia kepada kehidupan yang adil dan aman sejahtera.
DICATAT OLEH نذيرا سعيد الكطيري ابن الطالب DI 00:05

Wednesday, September 1, 2010
kegembiraan dan kesedihan
Ya Allah apabila kegembiraan singgah di hati ku aku amat bersyukur kepada Mu, sesungguhnya semua itu dtg dari Mu. Jika kesedihan yg datang, berilah aku kekuatan kerana aku tahu itu adalah ujian Mu yg diberi hy kepada hambaMu yg mampu hadapinya. Biarlah kegembiraan itu berpanjangan dan kesedihan itu singgah sebentar dgn izinMu, Berikan aku hidayah dan kekuatan dalam apa jua yg kulalui. amin
Tuesday, August 31, 2010
Merdeka!
Hari ni genap 53tahun M'sia Mencapai Kemerdekaan. Semoga M'sia sering mdapat keberkatan dan dilindungi Allah.. amin..
Subscribe to:
Posts (Atom)