Thursday, March 26, 2009

transformasi Opis ku...mll 5S



5S: sisih..susun..sapu..seragam..sentiasa amal.........ke arah persekitaran yg kondusif untuk tingkatkan produktiviti

Saturday, March 21, 2009

Rindu tak bertepi....

..aduh i think i pushed myself too much last week.. bz! bz! bz! need to go back to see my mom to recharge balik ..tiba2 plak aku jadi sedih kalau la my father masih ada tentu dia akan bg mcm2 nasihat tentang keja.. walaupun dulu arwah bapa hanya seorang kakitangan sokongan tp beliau sgt komited dgn keja.. rajin turun padang melihat keadaan melibatkan keja beliau..rindunya kepada bapa..rindu kepada org tersayang yg pergi buat selamanya merupakan rindu yg tak bertepi...barulah aku faham apa kata zue rindu x bertepi.. kdg2 dlm keadaan gembira, sedih, alone, dlm crowd tiba2 aje rindu pada bapa menjengah dan aku akan mengeluarkan air mata..aku memang redha dengan pemergian bapa..wpun aku rasa masih byk yg belum kucurah kepadanya...kini hanya mampu ku berdoa dan sedekahkan fatihah untuk bapa..

Bila kulalui jalan2 yg pena kulalui ngan bapa aku akan teringat bapa.. arwah bapa rajin bercerita.. sejarah dulu2, politik, kisah sedih, cerita keluarga dan kisah2 lucu yg pena dilaluinya dulu dan macam2 lagi..semua cete bapa masih tersimpan dan kadang2 kami adik beradik akan bercerita balik cete2 bapa tu..

walaupun ibu dan bapaku hanya orang kg, mereka berjaya membuka mata kami adik beradik tentang pentingnya pelajaran..aku masih ingat ketika mula bapa pergi tinggalkan kami buat selamanya.. seorang daripada pakcik saudaraku berkata 'x myesal dia pergi anak2 dah berjaya dlm pelajaran'..wlaupun kami adik2 beradik tidak la berpangkat besar tp alhamdulillah aku setuju dgn apa kata pakcik saudaraku itu.. arwah bapa telah berjaya menyemaikan pentingnya pelajaran kepada kami dan semestinya ibuku juga pendorong utama. adikku azis selalu cakap bapa sumber inspirasi beliau untuk berjaya .. x heranla dlam purse dia gambar bapa sentiasa ada sehingga kini..

Bapa sgt menyayangi kami, aku masih ingat dulu bapa rajin belikan aku jam tangan, masa keja pula bapa belikan pen. kete kancilku merahpun bapa yg beli..adikku si Shamsudin sbenarnya paling manja dgn bapa masa kecil2 dulu..sentiasa dibawa kemana2 jer.. bila besar dibelikan motor besar hadiah STPM, sikembar aziz dan azam mewah dgn permainan2..baiknya bapa..

antara pesanan bapa masa hayatnya ialah 'kalau bapa tiada jgn kamu adik2 beradik bergaduh ya' ..alhamdulillah pesanan bapa sehingga kini melekat dihati kami adik beradik.. dah almost 5 tahun bapa pergi belum penah kami bgaduh .. alhamdulillah ..

Hari ni aku cete tentang arwah bapa wpun cete ini hy sebahagian drp cete yg sgt byk tp aku cuma ingin mencurahkan bagaimana ajaran bapa tentang keja , kehidupan dan sebagainya sering menjadi panduan buatku..kerana hari ini disaat ini tiba2 aku amat rindukan bapa.. rindu yg menjengah x kira masa.. RINDU X BERTEPI..

SEMOGA ALLAH MENCUCURI RAHMAH KE ATAS ROH ARWAH BAPAKU DAN DIHIMPUNKAN BERSAMA ORG2 YANG BERIMAN..AMIN..

Kepada rakan2 yang masih ada kedua ibu bapa.. sayangilah mereka..curahkan segalanya ..layanlah mereka sebaiknya..jgn jadikan kesibukan alasan utk tidak menjenguk dan menghubungi mereka.. semoga kita semua akan akan terus diberkati...

HARI INI AKU BALIK KG..MENJENGUK IBUKU...

Friday, March 20, 2009

Mount Kinabalu

Gambar (1): Gambar Mount Kinabalu dr Kompleks sukan UMS

Every tuesday n thursday i go for Power Walk in UMS n in Likas/Taman Tun Fuad on saturday. I just want to share the beuty of being in UMS early in the morning (before 6am to 6.30am) as u can see Mount Kinabalu. SubhanAllah! nice view..Cristal clear! the color is so natural.. Syukur Alhamdulillah.. i am in Sabah n working in UMS...




Wednesday, March 18, 2009

HOME SWEET HOME..

I am Home... reached KKIA at 10.15pm (16 Mac)..my flight suppose to be today (17 Mac)..i changed it to last flight on 16.. but the workshop finished much earlier so i changed my flight again at 6.45pm..lucky i got the sit..TQ to awie who taking care of my car n fetch me at the airport.. suppose to be my cousin but thing was not on as i planned so awie became my victim hehe...

woke up early in the morning..i managed to get ready early to join power walk at 6.30am in UMS..

As usual pretty bz today.. time goes so fast..n so many things need to be done..OMG i think i m behind the schedule...oh no! help!

It feels like i only left school yesterday but it was 20 years ago and 'syukur' i ve now got my own place, car, work.. its scary to think how quick your life goes by...SCARY!!

Monday, March 16, 2009

I M IN PUTRAJAYA ..BE BACK 2NITE...


In PICC Putrajaya.. attending one day workshop on 'anugerah akademik negara' ..be back tonite..lunch hour sempat update blog :) ...

Wednesday, March 11, 2009

TODAY IS MY DAY

TO ALL MY FRIENDS N STAFF

THANK YOU FOR THE THOUGHT
MAY GOD BLESS ALL OF U FOR BEING SO NICE TO ME

AMIN........

Sunday, March 8, 2009

BANGGA JADI ORG SABAH, KOTA BELUD, BAJAU!

Aku terpanggil untuk mencoretkan kebanggaan ku menjadi seorang yang dilahirkan di Negeri di Bawah Bayu ini... lahir di sebuah Perkampungan di Kota Belud dan Lahir sebagai seorang Bajau + ada campuran Dusun sikit ...Moyangku (mak kepada atuk ku seorang Dusun) dan yang Penting aku bangga dan Bersyukur dilahirkan sebagai seorang Islam... dan Berada di Bumi Malaysia yang aman damai ini.

kenapa aku tiba2 nak menulis kebanggaan kuini ... semalam aku berjumpa seseorang yang pada hakikatnya orang sekampung dengan aku 'KG TIMBANG DAYANG' ..secara automatik aku menegur BERBAHASA BAJAU 'yan abar? emberen muley? maksudnya apa khabar? bila balik? ...aku terkejut bila org itu menggaru kepala seolah2 kehilangan kata-kata untuk menjawab soalan yg ku tanya... sehingga dia berkata..'lama x cakap hmm macamna ya' ..rupanya dia nak bg tau dia dah x pandai sangat cakap BAJAU ...x tau camna nak jawab dan perbualan kami berakhir dengan tanpa jawapan kepada 2 soalan ku itu dan aku pun berlalu sambil tsenyum...x puas hati pun ada..

aku masih ingat sewaktu kecik2 dulu aku belajar di semenanjung.. di Kedah dari form 1 sampai la ke form 5, pas tu sambung ke Arau Perlis pas tu sambung ke UKM selangor... almost 12 tahun aku dirantauan.. balik hanya 2 kali setahun.. aku sering mengingatkan diri, aku akan pastikan bahasa Bajau x akan kulupakan.. walaupun berbulan2 x bercakap bajau masa sekolah kat kedah dulu.. aku tetap balik dan pastikan aku boleh berbahasa bajau kerana aku bangga dilahirkan sebagai seorang Bajau.. masa di kedah aku jarang berhubung dengan keluarga maklumla masa tu tahun 1982 hingga 1986 hp belum ada ,telefon di umah kg pun xada.. aku berhubung dengan parents melalui surat ..itu pun dalam surat aku berbahasa melayu.. tapi aku Bangga bila balik kg aku masih boleh bercakap fasih dalam bahasa ini..masa di ITM dan di UKM lagi la ok sebab aku sudah berhubung melalui telefon umah ish ish heran aku bila org dah x ingat asal usul la..

aku tertanya kenapa agaknya dia ni??? ..setahu aku dia bersekolah di KB..maklumla masa guru sandaran dulu aku pernah ajar BUDAK MENTAH NI LA ...DIA hanya berada di rantauan kerana parents dia berpindah itu pun ke sebuah daerah di Negeri Sabah gak.. dan rasanya x lama di daerah tu dan sekarang aku rasa dah 3 tahun balik semula kat Kg.. x kan bahasa Bajau boleh lupa.. hmmm .. ehh pelik nya.. cousin ku seorang Pensyarah Dr Nornis... mama' dia seorang chinese tp bahasa bajau dia tatap melatup..wlaupun di rumah cakap melayu sabah.. dan yang lebih membanggakan dia pun boleh berbahasa mandaran..

Heran aku dengan budak ni...Bagi aku..aku akan tetap menjadi diri ku 'i am proud of who i am'...

DI DUNIA INI YANG MEMBEZAKAN KITA CUMA KEIMANAN...

Beranti Jono!!....